Friday, May 3, 2013

Debat Terbuka SAR: Siapa Hamidah untuk persoal permit polis?




2 Mei 2013- Maju Rapat

Kebiadaban angkatan Datuk Hamidah Osman yang menyoal anggota polis yang mengawal Debat isu Sekolah Agama rakyat di Taman Maju Rapat disaksikan oleh ratusan rakyat baik penyokong Pakatan Rakyat mahupun penyokong BN yang juga terdiri daripada kalangan kanak-kanak sekolah.

" Bagaimana beliau seorang calon sahaja boleh menyoal dan mengarahkan adik beliau yang dikenali sebagai Zura untuk menekan dan menyoal ala memeras ugut anggota polis", jelas Tuan Haji Rahim YDP PAS Gopeng.

Menurut Haji Rahim lagi, permit debat telah ada. Sepatutnya beliau hadir untuk BERDEBAT dan bukannya hadir untuk menyoal permit.

"Soal permit adalah persoalan polis. Selalunya polis yang sibuk isu permit bukannya calon parti tertentu", ulas Saudara Firdaus Timbalan Ketua Pemuda PAS Gopeng di lokasi.

Permit yang diperolehi oleh Majlis Tindakan DUN (PAS) Sungai Rapat ini adalah permit untuk apa-apa aktiviti ceramah, pengucapan awam. ia tidak pula dinyatakan jenis ucapan sama ada ceramah, debat, sembang santai atau speaker corner.

Datuk Hamidah telah menipu pengikutnya dengan mengajar mengatakan permit ceramah berbeza dengan permit debat.

Menurut beberapa saksi, pengikut Datuk Hamidah cukup biadap dengan bersikap kasar kepada Tuan Haji Rahim semasa beliau cuba menyambut rombongan Datuk Hamidah Osman.

Imej biadab Datuk Hamidah ini diperhatikan oleh rakyat yang bakal menilai beliau di peti undi kelak dan sikap beliau yang melawan SPR, berkasar dengan calon Parlimen Gopeng dan melawan serta mengugut polis akan menjatuhkan terus sokongan rakyat terhadapnya sedikit demi sedikit, minit hingga minit sehinggalah pagi 5 Mei 2013.

Permit aktiviti ceramah di seluruh DUN Sungai Rapat diluluskan oleh P/ACP Sun Chang Keong Ketua Polis Daerah Ipoh pada 23 April 2013.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN (PAS) Sungai Rapat





- Blog LandskapSiasah

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...