Monday, May 13, 2013

Puluhan ribu rakyat Perak berhimpun di Ipoh untuk Blackout505

IPOH: Himpunan Blackout 505 di Ipoh malam tadi menyaksikan ribuan lagi rakyat Perak turun bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum itu, mula berkumpul di Perkarangan Pejabat Parti KeAdilan Rakyat Negeri Perak, Medan Istana Ipoh, sejak petang lagi.

Mereka masing-masing membawa sepanduk dengan mesej membantah sebarang unsur penipuan dan manipulasi yang berlaku pada PRU13 lalu.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap malam tadi menyeru rakyat bangkit melawan sebarang penipuan yang berlaku.

Tegasnya, PRU13 yang lalu adalah proses pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini.

Menurutnya, kekalahan bukanlah perkara baru bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP yang telah lama berjuang sejak merdeka lagi namun kali ini penipuan berlaku dengan amat dahsyat.

"Kami sudah biasa ditipu dalam pilihanraya namun pada kali ini (PRU13) penipuan berlaku dengan sangat dahsyat sekali dan rakyat perlu bangkit menuntuk hak pilihanraya yang adil," katanya dihadapan ribuan hadirin.

Jelas Anwar, protes sedemikian bukan bermakna Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kekalahan tetapi rakyat tidak sangup terus ditipu oleh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kami bukan tidak mahu terima kekalahan tetapi rakyat tidak mahu terus tertipu, jika tidak bangkit penipuan akan terus berlaku dan mereka akan terus kekal berkuasa.

"Jika tiada penipuan, negeri ini (Perak) sudah pasti akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Perak adalah destinasi ke tiga setelah berjaya mengumpul ratusan ribu rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor dan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

- HarakahDaily

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...