Saturday, May 25, 2013

AMK jangan biadap dengan Presiden PAS

Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk "AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13", kami menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, hari ini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini. Jika tidak, media Umno/BN akan melaga-lagakannya.

Jika ia datang dari macai dan media Umno/BN, kami langsung tidak hiraukan namun kali ini AMK pula menjadi penyambung lidah macai Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.

Sahabat Pemuda AMK! AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan YB-YB PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi.

Inilah perkara yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS kepada semua rakan-rakan PR sepanjang perundingan kerusi PRU. Namun, PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi. Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.

Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihanraya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2008.

Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 PR dimalukan dengan insiden-insiden YB-YB PKR keluar parti seperti spt di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat.

Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit. Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempohhari.

Tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu PR dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yg juga calon PSM di Semenyih.

Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.

Sahabat Pemuda AMK! AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihanraya mereka. Ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihanraya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihanraya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS. Ini suatu hakikat.

Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar.

PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.

Buat sahabat AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman PR bukan di media.

Jika di media, tambahan pula menghentam Presiden kami maka kami selaku Pemuda Pas sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri.

Sedang kami Pemuda Pas boleh menghormati DSAI selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yg mungkin kami tidak bersetuju, jadi molek kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.

Sahabat Pemuda AMK! Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai pemuda PR yang ada akhlak dan adabnya.

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

5 comments:

Malaysiabaru said...

Tindakan presiden pas lebih teruk dari apa anwar atau karpal singh lakukan.

Presiden pazz layak di gantung.... Sesuai amalan nabi saw di zamanya

mamakmia said...

pkr memang hampeh...parti yg tiada gerak kerja bawahan tp tamak kerusi..calon banyak hampeh

Yadzid Zaidi said...

Hehe...ngate dulang paku serpih, ngate org dot..dot..
Kalu ramai sgt gerak kerja, kenape ramai calon pas kedah bungkus? Hehe..

kerispuaka said...

lebih baik Presiden PAS berenti je jadi Presiden.bosan aku dengan tingkah laku bodoh sombong Tuan Guru Haji Hadi ni.

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Ingat Semangat Pepsi Cola?

Ingat Pemimpin Ubat Tamat Tempoh?

Masih kah kau ingat Hadi nak jadi NELAYAN bukannya nak jadi Perdana Menteri?

Sebabnya ialah dalam muktamar PAS yang lalu perwakilan PAS sibuk nak Hadi jadi PM berbanding Anwar kalau PAKATAN REBAH (PR) bermimpi menang di PRU 13.

Ajijoi setujukah Presiden PAS, Hadi memilih jadi NELAYAN?

Kalau Hadi jadi PM, Ajijoi tak dapat apa-apa tetapi kalau Hadi jadi NELAYAN, Ajijoi akan dapat IKAN dan UDANG malah KETAM yang pandai mengajar anak berjalan dengan BETUL serta SOTONG yang disandat.

Sekian, terima kasih.

Followers

Video ajijoi

Loading...