Wednesday, May 1, 2013

Isu permit polis tak timbul, harap Hamidah hadir debat - Anuar Ibrahim


Hamidah Osman, calon BN bagi Dun Sg Rapat yang menentang Ustaz Radzi Zainon daripada PAS telahpun secara rasminya dijemput untuk hadir ke Debat Terbuka mengenai isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) Tmn Pegoh Aman semalam.

Sebagai maklum balasnya, Hamidah telah menjawab jemputan itu melalui blog Sg Rapat Onlinenya (lihat gambar di atas) dengan menyatakan yang beliau sedia berdebat tetapi meletakkan syarat sekiranya ada permit polis.

"Permit polis bukanlah satu isu untuk mengelak daripada hadir ke Debat Terbuka itu kerana pihak kami telahpun awal-awal lagi memohon permit tersebut sebelum menghantar surat jemputan ke pejabat Hamidah semalam" ujar Anuar Ibrahim, AJK PAS Gopeng.

Dengan penjelasan tersebut, Anuar Ibrahim selaku wakil daripada PAS Gopeng berasa amatlah berbesar hati sekiranya Hamidah dapat menghadirkan diri berdebat secara terbuka dengan Ustaz Radzi Zainon atas isu SAR yang dimain dan dimulakan oleh pihak Hamidah sendiri.

Semoga dengan adanya debat ini, segala isu dan perselisihan faham mengenai SAR Tmn Pegoh Aman dapat dirungkai dan diselesaikan secepat mungkin demi kesejahteraan semua.


Anuar Ibrahim bersama Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria





No comments:

Followers