Tuesday, May 7, 2013

Kenduri kesyukuran telah bermula di Dun Sg Rapat

7 Mei - Kemenangan YB Radzi Zainon di Dun N.43 Sg Rapat disambut baik, bukan sahaja daripada kalangan ahli dan penyokong Pas tetapi juga pengundi-pengundi atas pagar dan termasuklah ahli Umno sendiri.

'Giant Killer', itulah gelaran yang diberi sesetengah orang apabila YB Radzi berjaya menumbangkan Datuk Hamidah Osman yang telah menyandang Adun Sg Rapat selama 2 penggal.

Dengan kemenangan yang besar majoritinya pada PRU ke 13 ini, semua Unit Peti Undi (UPU) kini merancang untuk mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan kemenangan ini.

Malam ini kenduri kesyukuran tersebut dimulakan dengan UPU Seri Rahmat.

UPU yang lain akan digilirkan kendurinya bagi meraikan Yang Berhormat daripada PAS ini serta petugas-petugas yang telah bertungkus lumus menyumbang segala-galanya.

Dan kebiasaannya, ahli-ahli PAS akan mengadakan kenduri besar-besaran bagi meraikan petugas-petugas mereka, sama ada menang atau kalah.

Dan yang pastinya, kambing-kambing akan bertempiaran menyorok kerana tanpa kambing, bukanlah kenduri PAS namanya.

"Apa khabar Midah?" ada juga yang gatal mulut bertanya.





No comments:

Followers