Thursday, April 9, 2009

Dari MB ke MP, tidak mustahil bakal PM


Asalnya hanyalah seorang pemimpin Pas yang jarang dikenali orang kerana kebanyakan penglibatannya disifatkan sebagai 'disebalik tabir'.

Mula dikenali apabila diangkat sebagai Menteri Besar Perak mewakili Pas dengan dipersetujui oleh DAP dan PKR.

Aura, karisma dan sifatnya yang mudah mesra semakin lama semakin dikenali ramai. Rakyat tertanya-tanya, siapakah Nizar Jamaluddin ini sebenarnya.

Kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak telah membuka ruang yang luas untuk dikenali rakyat. Pergaulannya bersama rakyat peringkat bawahan tanpa mengira agama, bangsa mahupun parti amat disenangi ramai.

Corak pemerintahannya yang sederhana dan menitikberatkan agama begitu mudah diterima rakyat. Penerangan dan penerapan Islam amat diberi perhatian sehinggakan rakyat dapat merasakan suatu budaya baru daripada kerajaan negeri pimpinannya.

Pemerintahan Nizar selama 10 bulan menerajui kerajaan Pakatan di negeri Perak telah melebihi jangkauan dan jasa yang telah dibuat Umno dan BN selama 50 tahun.

Oleh sebab itu, umno terpaksa merampas kuasa kerajaan Pakatan di Perak agar rakyat tidak berterusan selesa bersama dengan Pakatan. Ini akan membuatkan umno dan bn bakal ditinggalkan rakyat.

Walaupun episod rampasan kuasa dan dituduh sebagai penderhaka apabila bahasa istana 'mohon derhaka' diputarbelit umno sebagai menderhaka kepada sultan, itu tidak melunturkan sokongan rakyat kepada Nizar.

Malah, sehingga ke hari ini Nizar tetap diterima sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh rakyat.

Laluannya ke Parlimen terbuka luas apabila beliau dipilih oleh pucuk pimpinan Pas sebagai calon di Bukit Gantang.

Kini, setelah bergelar MB (Menteri Besar) dan MP (Member of Parlimen), tidak mustahil beliau bakal dilantik sebagai PM (Perdana Menteri) suatu hari kerana rekod kerja beliau selama 10 bulan menerajui kerajaan negeri Perak mengatasi rekod bn memerintah negara selama 50 tahun.

Harapan yang tinggi oleh rakyat terletak dibahu Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin untuk membawa suara rakyat yang mahukan politik baru mewarnai negara bagi menggantikan politik ugut yang lapuk bersarang di dalam negara.

2 comments:

kingsejong said...

Pemimpin PAS yg sorang ni dari mula aku tengok beliau memang nampak lain daripada yang lain, memang ada aura dan karisma. aku bersetuju, memang tak mustahil MP yang sorang ni jadi PM, beliau lebih daripada layak utk jadi PM. atau sekurang kurangnya timbalan kpd DSAI

NH Shah Alam said...

Bulan Jun nanti PAS akan mengadakan muktamar agungnya bagi memilih pucuk pimpinan baru..

Adakah Nizar akan dicalonkan untuk jawatan Timb. Presiden PAS???

kalau dilihat kepada aura dan karisma, memang beliau layak untuk berada dijawatan Timb. Presiden...

Mungkin ada dikalangan Pemimpin PAS yang sedang memegang jawatan tertinggi parti sekarang ini sedang panas punggung....

Followers