Monday, October 20, 2008

MB Perak rasmi kampung berusia 500 tahun

KUALA KANGSAR, 18 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamalluddin telah merasmikan sebuah kampung unik berusia 500 tahun iaitu Kampung Cagar Galah, Pekan Sauk 20 kilometer dari sini petang semalam.

Kampung tersebut telah dibuka oleh seorang Sultan dari keturunan keluarga 'Jamallulail' kira-kira 500 tahun lalu di Kampung Cagar Galah itu yang menjalankan pemerintahan Islam di situ dengan mengamalkan hukum hudud.

Dalam majlis tersebut, Menteri Besar telah disambut oleh Yang Dipertua Persatuan Keluarga Kumpulan Jamallulail Seluruh Malaysia , Tuan Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail dan telah menyampaikan sebuah cendera hati tanda kebesaran keturunan Jamallulail.

Meor Affendi Jamalullail, salah seorang pengelola majlis


Dato' Seri Nizar telah menandatangani sebuah papan tanda persatuan tersebut untuk diabadikan yang disaksikan oleh Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, Haji Mohd. Zainuddin Mohd. Yusof, AJK Persatuan, pegawai-pegawai kanan kerajaan bersama lebih 500 orang penduduk keturunan Jamalullail itu.

Di majlis sempena sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri itu, Dato' Seri Nizar memuji Ahli Jawatankuasa Persatuan yang telah berjaya mengumpulkan 3,000 orang dari keturunan Jamalullail seluruh Malaysia.

"Saya difahamkan pada kebiasaanya panggilan nama 'Jamalullail' itu adalah mereka dahulunya dari keturunan bangsawan seperti dari keluarga 'Syed', Raja dan Sultan.
"Di mana maksudnya bahawa penduduk-penduduk Cagar Galah ini terdiri dari orang-orang yang cerdik dan bijik berfikir matang. Dari itu hendaknya 3,000 orang Jamalullail ini jadi orang yang cerdik,"tegasnya.

Dalam ucapan tersebut beliau sempat menyampaikan tazkirah ringkas yang antaranya berharap ahli kumpulan persatuan 'Jamalullail' akan dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat sekitar dan berpegang kuat pada ajaran Islam.

1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum, saya syed rosli bin syed osman bin syed alwi bin syed mahari, ingin mencari susur galur arwah ayah yg berasal dr kmpg jamuan kuala kangsar. sesiapa yg berasal dari kmpg tersebut atau mengenali nama2 syed yg mungkin tahu. mohon hubungi saya di 0173210547. saya mempunyai salinan salasilah keturunan sayyid ali khli qassam generasi ke13 dari sayyidina hussein R.A iaitu cucuanda MUHAMAD SAYYIDINA MURSALIN yg saya ambil dari seorang yg menyimpan salasilah keturunan. namun saya tidak dpt cari penyambungnya. jika ada yg mahu lihat, boloh hubungi saya.

Followers