IPOH: kadangkala timbul rasa hairan dengan sikap manusia yang sengaja cuba sensasikan sesuatu isu dengan menyorokkan beberapa fakta benar bagi mengelirukan dan mempengaruhi pembaca agar mempercayai apa yang dipaparkan.
Semuga Allah memberi petunjuk pada manusia seumpama ini agar sempat bertaubat.
Kerja-kerja seumpama ini adalah kerja wartawan akhbar cetak mahupun elektronik. Bagaimanpun mereka ini dengan selama berkata bahawa slanting of stories or planting adalah kerja editor mereka. Walhal mereka juga turut terbabit.
Saya tertarik dengan kisah terbaru kes kononnya tiba-tiba cukai pintu di Bandar Baru Sri Klebang meningkat sebanyak 500 peratus bermula November ini. Lucu dan cerita yang tidak berasas ini direka sedemikian rupa bagi mengambarkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak bertanggungjawab dan berbuat sesuka hati.
Menurut laporan Utusan Malaysia semalam, Lot 186990 hanya dikenakan cukai tahunan sebanyak RM108.80 sebelum ini tetapi pemiliknya tiba-tiba menerima kenaikan cukai tanah 500 peratus.
Kalau tak reti dan faham atau buat-buat tak reti untuk menulis dengan adil dan memuatkan segala asas penulisan berita, maka eloklah bertaubat dan berundur daripada menjadi wartawan. Orang kampung gelak membaca cerita-cerita kartun oleh wartawan picisan seumpama ini. Picisan kerana tidak bertanggungjawab dan tak ada nilai dan ethics of journalism.
Untuk pengetahuan umum, dulu tanah tapak lot itu kosong semasa ia dinilai pada 2005. Jadi padanlah dikenakan sebanyak itu berasaskan kiraaan yang ditetapkan MBI. Tetapi kini ada banglo atas tanah itu.
Banglo yob… banglo. Banglo diklasifikasikan sebagai rumah sebiji rumah. Bukan rumah teres atau bersambung. Besor yob 278 meter per segi. BANGLO…
Kalau dah sebosar itu, maka nilai tahunan cukainya ialah berjumlah RM4,320. Tak tau lah pulak kalu mahu dikurangkan bior sama dengan nilai rumah kampung atau teres je..
Menurut kenyataan MBI, nilai tahunan yang dikenakan atas hartanah di kawasan itu masih rendah berbanding dengan nilai semasa. Untuk makluman, kadar sewa semasa di kawasan tersebut untuk harta jenis banglo ialah RM800 hingga RM1,500 sebulan, tetapi MBI masih mengekalkan anggaran pada kadar sewa 1982 iaitu RM360 sebulan untuk ukuran penilaian hartanahnya.
”Sepatutnya nilai tahunan berdasarkan sewa semasa itu ialah antara RM9,600 hingga RM18,000 tetapi nilai tahunan yang dikenakan oleh MBI ke atas harta ini cuma RM4,320 sahaja.”
Sumber: Perakdaily.com
No comments:
Post a Comment