Wednesday, October 15, 2008

Minyak turun....15 sen lagi?

Harga minyak turun lagi hari ini seperti dilaporkan akhbar.

Tetapi yang menariknya walaupun harga minyak dunia menurun dengan banyaknya namum mengapa hanya 15 sen sahaja yang kerajaan turunkan? Sebelum ini kerajaan telah menurunkan harga pasaran minyak negara sebanyak 15 sen dan juga 10 sen daripada 78 sen yang dinaikkan pada Jun lalu. Ada apa dengan 15 sen?
Jumlah penurunan keseluruhannya setakat ini ialah 40 sen dan masih ada 38 sen lagi untuk dijadikan modal seandainya terdapat isu-isu panas di dalam negara. Maka, harga minyak akan diturunkan bagi melegakan suasana politik negara.
Harga minyak dunia telah mengalami penurunan daripada US130 setong kepada US78 setong, maka adalah secara logiknya harga minyak di neraga kita boleh dikembalikan kepada RM1.92 seliter.

Penurunan harga minyak ini tidak pula diselaraskan dengan harga barang yang semakin melambung tinggi dan tidak pernah turun biarpun ini kali ketiga harga minyak diturunkan. Kemana penguatkuasa Kementerian Hal Ehwal Pengguna? Kenapa tidak dipantau harga barangan agar rakyat benar-benar dapat merasakan kesan daripada penurunan harga minyak ini. Kerana kenaikan harga minyak dijadikan alasan utama apabila harga barangan dinaikkan sedikit masa dahulu, maka sepatutnya harga barangan ikut turun bersama-sama dengan harga minyak.

Kebanyakan peniaga mahu mengaut keuntungan yang lebih dan rakyatlah yang selalunya menjadi mangsa keadaan.

No comments:

Followers