Raya ketiga, seperti tahun-tahun sebelumnya, membawa apak menziarahi pusara ibunya di Tanah Perkuburan Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh.
Sariah Binti Ismail, ibu kepada apak saya kembali ke rahmatullah pada 10/11/1984.
Tetapi, tahun ini ziarah kami bertambah ke satu lokasi lagi iaitu Tanah Perkuburan Kg Melayu di Kg Rapat Jaya kerana disanalah bersemadinya kakak apak saya iaitu Kalthum Binti Uthman (Nyah) yang kembali ke rahmatullah pada 1/8/2008 yang baru lalu.
Amalan masyarakat kita yang menziarahi kubur pada hari raya ada diulas disini :
Antara bid’ah kaum-kaum jahiliyah ialah mengkhususkan ziarah kubur di Hari Raya. Duduk membaca Yasin, berzikir, bertahmid, menanam pokok, menabur bunga, mencantikkan kubur, menghias, menutup kepala nisan dengan kain putih atau kuning, menangis, meratap, meraung, bertawassul dengan ahli kubur dan ada membawa makanan untuk bersantap di kuburan. Di dalam hal ini, Imam as-Syafie rahimahullah mengharamkannya dan beliau berfatwa:
ويكره …. نقل الطعام الى القبور
“Dimakruhkan (haram) membawa makanan ke kuburan”. (Lihat: الطالبين اعانة (ina’atu at-Tholibin) Juz. 2 hlm. 146)
Haram menyambut Hari Raya di kuburan termasuklah di kubur para nabi, wali atau mana-mana kubur, kerana tidak ada Hari Raya kubur (عيد القبر). Nabi sallallahu ‘alahi wa-sallam bersabda:
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهَ وَسَلَّمَ : لاَ تَتَّخِذُوا قَبْرِيْ عِيْدًا
“Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya”. (Hadis Sahih H/R Ahmad 2/367 dan Abu Daud 2042)
Imam Syafie rahimahullah mengharamkan duduk di atas kubur, beliau berlandaskan kepada hadis:
لاَنْ يَجْلِسَ اَحَدُكُمْ عَلَىجَمْرَةٍ ، فَتَحرق ثِيَابَهُ ، فَتخلص اِلَىجَلْدِهِ خَيْرٌ مِنْ اَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْر
“Abu Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah: Jika salah seorang kamu duduk di atas bara api membakar sampai menembusi pakaianmu lalu membakar kulitnya, masih lebih baik baginya daripada ia duduk di atas kuburan”. (H/R Muslim, 3/62. Abu Daud 3228. Ahmad 2/311. Baihaqi 4/79. Ibnu Majah dan An-Nasaii)
Imam Syafie berfatwa: Membaca al-Quran untuk menghadiahkan pahalanya kepada orang mati adalah perbuatan yang haram dan sia-sia, kerana tidak sampai kepada Si Mati. Beliau berfatwa:
ان القراءة القرآن لايصل اهداء ثوا الى الموتى لانه من عملهم ولا كسبهم ولهذا لم يندب اليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا ارشدهم اليه بنص ولا اعاء
“Sesungguhnya pahala bacaan al-Quran dan hadiah pahala tidak sampai kepada Si Mati kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka. Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah menghukum sunnah umatnya dan tidak pernah mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menujukkan kepadanya walau melalui satu nas atau seruan”. (Lihat: Tafsir Ibn kathir 4/335)
Orang-orang yang beriman sewajarnya mampu menghapuskan setiap amalan-amalan bid’ah, terutama yang telah dijelaskan dalil-dalilnya dan telah difatwakan oleh Imam Syafie rahimahullah.
Sumber : fiqh-sunnah.blogspot.com
Apak sayu berada disamping kubur ibunya.
Kubur Nyah yang masih baru lagi.
No comments:
Post a Comment