KUALA LUMPUR - Kami terhina dan malu! Itu perasaan sebahagian karyawan seni tempatan yang melahirkan rasa kecewa dengan penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) oleh Kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini.
Kesal dengan penganugerahan yang disifatkan tidak logik itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) akan mengajukan memorandum bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan Malaysia (KSU).
Memorandum bantahan itu akan dihantar kepada Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan, pukul 4 petang semalam di Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Ulu Klang.
Memorandom ini adalah tanda bantahan terhadap penganugerahan berkenaan, setelah Seniman mendapati alasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam 'tidak logik' dan bersifat keterlaluan dalam menyanjung orang luar.
"Memang anugerah itu hak kerajaan negeri tetapi penilaian terperinci harus dibuat. Tengoklah ketika majlis pengurniaan yang berlangsung kelmarin, Shah Rukh Khan sendiri tidak hadir.
"Bukankah itu satu penghinaan terhadap kita?" tegas Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof ketika ditemui di FINAS, semalam.
Ajijoi - Memang patut pun macam tu. Berani menyuarakan pandangan apabila sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. Jika tidak disuarakan bantahan, mereka ingat segala perbuatan mereka itu benar belaka. Dan selepas ini, entah apalah pulak yang mereka nak lakukan, ikut sesuka hati mereka saja.
Mungkin selepas ini ada lagi artis luar negara yang akan menerima anugerah sedemikian rupa hanya kerana pernah berlakon dinegara kita.
Contohnya:
Sean Connery yang berlakon di Kuala Lumpur dan berlatar belakangkan bangunan KLCC di dalam filem 'Entrapment' pada tahun 1999.
Chow Yun Fatt dan Jodie Foster yang berkampung di Clearwater Sanctuary Golf Resort di Batu Gajah untuk filem 'Anna and the King' pada tahun 1999.
Tony Leung yang melakukan penggambaran di Ipoh dan Pulau Pinang untuk filem 'Lust, Caution' pada tahun lepas.
No comments:
Post a Comment