Malam ini akan berlangsungnya Majlis Makan Malam Tahunan (Annual Dinner) Public Bank peringkat negeri Perak di Hotel Syuen, Ipoh.
Majlis ini berlangsung setiap tahun sebagai menghargai para pekerja di Public Bank dengan meraikan mereka dengan makan malam, persembahan dan juga cabutan bertuah.
Akan tetapi, majlis ini juga tidak sunyi daripada hidangan arak secara percuma dan persembahan nyanyian serta tarian yang terkadang hampir kepada tarian separuh bogel.
Malam ini juga kita akan dapat melihat perwatakan sebenar mereka-mereka tidak kira samada peringkat bawahan sehinggalah peringkat atasan. Kerana apabila arak telah menguasai diri, maka terpancarlah watak sebenar mereka sehinggakan ada yang ketawa berdekah-dekah dan terjerit-jerit tanpa kawalan.
Dan kerana hidangan arak jugalah yang menjauhkan saya dan rakan-rakan yang seiman daripada menghadiri majlis makan malam ini biarpun hadiah-hadiah cabutan bertuahnya agak lumayan dan menarik.
Kelmarin, saya diberikan kad jemputan kemajlis makan malam ini. Saya rasa amat terhina apabila bersama-sama kad jemputan itu, dikepilkan sekeping kupon Carlsberg untuk minuman keras percuma.
Walaupun memang kupon itu diperuntukkan untuk yang menghadiri majlis jamuan, apalah salahnya jika diasingkan kad jemputan berkupon untuk non-muslim dan kad jemputan tanpa kupon untuk pekerja muslim. Sensitiviti yang sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana umum telahpun maklum bahawa pekerja muslim diharamkan untuk mengambil arak.
Ini adalah satu bentuk penghinaan terhadap pekerja muslim di Public Bank dan andaikata kita hanya berdiam diri tanpa berkata apa-apa tentangnya dan hanya tersengeh apabila menerima kupon arak itu, episod ini pasti akan berlarutan selama-lamanya dan selama itulah kita akan dihina dan tidak dihormati.

No comments:
Post a Comment