Wednesday, October 1, 2008

Kemeriahan di Rumah Terbuka MB Perak


IPOH (1/10/08) : Saya berkesempatan ke majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin pada hari ini mulai jam 2.00 petang tadi.

Keadaan yang penuh sesak tidak menghalang orang ramai dari pelbagai kaum mengunjungi perkarangan rumah MB untuk sama-sama berhari raya. Kelihatan pelbagai juadah yang disediakan untuk orang ramai yang berbaris panjang untuk menjamu selera.

MB Nizar dan isteri kelihatan ceria menyambut dan melayani para tetamu yang tak putus-putus tiba dan bersalaman dengan mereka. Malah, ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan MB dan isteri untuk kenang-kenangan dihari raya.
Dianggarkan lebih 30,000 tetamu berbilang kaum yang mengunjungi majlis rumah terbuka ini.

Ramai tetamu khas yang turut serta memeriahkan majlis. Antaranya pemimpin Pakatan Rakyat iaitu YB Lim Kit Siang , YB Dato’ Ngeh Koo Ham , YB Ngah Kor Meng, YB Roslan Shahrom ,YB Jamaluddin Mohd Radzi dan ramai lagi.
Orang kurang upaya (OKU) juga tidak ketinggalan diraikan didalam majlis meriah ini.

Acara kemuncak yang dinanti-nantikan adalah pemberian 'duit raya' kepada kanak-kanak yang hadir. Kesemua mereka beratur untuk bersalaman dan menerima duit raya daripada MB dan isteri. Menurut anak saya, jumlah yang diterima daripada MB ialah sebanyak RM5 setiap seorang.

Semoga ditahun-tahun hadapan kemeriahan sebegini dapat diteruskan dalam menuju ikatan perpaduan antara kaum dinegeri Perak ini.

Lagi berita bergambar di AlHusseyn dan Perakdaily.com .








1 comment:

putra said...

Bagus le tunjuk gambr2 ni

nk harap paper mcm utusan, hampeh..

Followers