Sunday, October 26, 2008

Jamuan Perpisahan En. Rasid Episod 2


25/10/2008: Jamuan perpisahan/makan malam kali ini diadakan di Hotel Impiana Casuarina, Ipoh atas tajaan Public Bank Berhad. Di majlis rasmi ini yang disertai oleh semua kakitangan PBB-Jalan Yang Kalsom menyaksikan penyampaian hadiah persaraan dari Public Bank yang disampaikan oleh Pengurus Cawangan kami iaitu Lee Hui Leong.

Hadiah tersebut berupa sekeping wang emas berlogokan Public Bank Berhad seberat 5 auns yang dianggarkan bernilai sekitar 12 ribu ringgit.

Juga terdapat beberapa hadiah lain sumbangan daripada kakitangan PBB-JYK sendiri.

Mungkin ini kali terakhir kami bertemu dan bermesra seperti selalu dengan En. Rasid Bin Uda Osman. Selepas ini diharap janganlah segan-segan untuk singgah menjenguk kami dipejabat.













1 comment:

Muhammad Fahmi said...

en rashid ni ada gaya YB la... tak pasti dia sokong belah mana. kalau PR, mungkin next election boleh bertanding.

Followers