Sunday, October 19, 2008

Ihtifal Pasti Gopeng - Sederhana tapi Meriah



Pagi tadi berlangsungnya Majlis Ihtifal, Sumbangsih & Sambutan Aidilfitri PASTI Kawasan Gopeng di Pasti Ammar, Pinji Perdana.

Saya kesana sekeluarga kerana anak lelaki saya, Azizul Hakim mengambil bahagian didalam pertandingan nasyid mewakili Pasti Al-Ehsan.

Pertandingan nasyid diantara Pasti Kawasan Gopeng diadakan untuk memilih pemenang diantara 4 Pasti iaitu Pasti Al-Ehsan (Rapat Setia), Pasti Pintar (Simpang Pulai), Pasti Sinaran Wahyu (Kopisan Baru, Gopeng) dan Pasti Ammar (Changkat Larang) untuk mewakili Pasti Kawasan Gopeng ke pertandingan nasyid Pasti seluruh Perak minggu hadapan.

Alhamdulillah, Pasti Al-Ehsan memenangi pertandingan nasyid tadi.

Selesai majlis ihtifal tadi, jamuan sempena Aidilfitri juga diadakan.

Ikuti gambar sepenuhnya di wartasgrapat.


Imam Fahme membacakan doa sebelum majlis bermula.



Puan Fatihah (anak MB Perak) merasmikan majlis.










Nasyid Pasti Al-Ehsan yang memenangi pertandingan.

1 comment:

juremi said...

salam,

ana sbg Pengerusi Mjls ari tu. dan selaku S/U Pasti Ammar. takan la takda langsung gambar ana dlm ini cerita. dari pagi sampai t.hari ana dok atas pentas, takan lencer kamera anta reject kut gambar ana.

Followers