Tuesday, June 3, 2008

Zoo Taiping
















Khamis lalu bawa anak-anak ke Zoo Taiping.

Masuk bertiket sebanyak RM6.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak. Orang ramai le jugak terutamanya kumpulan kanak-kanak sekolah.

Naik keretapi yang disediakan untuk mengelilingi seluruh kawasan zoo. Tiket lagi. Dewasa RM3.00, kanak-kanak RM1.50.

Selesai saja turun daripada keretapi tu, hujan pun turun. Dapat jalan-jalan sekejap aje. Makin lebat hujan. Kami pun keluar dari zoo menuju ke pekan Taiping lebih kurang pukul 11.50 pagi.

Zoo Taiping sekarang ni agak tidak terurus berbanding dengan dahulu. Suasananya agak kelam dengan pokok-pokok disepanjang jalan yang lebat. Sekitaran kandang binatang yang kotor dan binatang itu sendiri seakan terbiar.

Kalaulah ada sedikit inisiatif daripada pihak pengurusan zoo, pastinya akan menjadi tarikan pelancong dalam dan juga luar negeri. Daya penarik untuk memajukan sektor pelancongan dinegeri Perak ini.

Untuk maklumat lanjut, silalah lawat laman http://www.zootaiping.gov.my/

1 comment:

Darren Demers said...

Selesai saja turun daripada keretapi tu, hujan pun turun. Dapat jalan-jalan sekejap aje. Makin lebat hujan. Kami pun keluar dari zoo menuju ke pekan Taiping lebih kurang pukul 11.50 pagi.
3 piece lawn suit wholesale
pakistani lawn dresses wholesale

Followers