Thursday, June 5, 2008

Komen kenaikan harga minyak

Dr Mahathir Mohamad memberikan komen yang agak menarik di dalam blognya mengenai kenaikan harga minyak.

Beliau sepatutnya lebih mengetahui akan kemelut harga minyak sekarang ini memandangkan beliau adalah 'penasihat' kepada Petronas. Ikuti komennya disini.

Tetapi saya terharu apabila membaca satu komen daripada pembaca blog Che Det kita ini.
Komennya berbunyi begini :-

Corpetro said...
saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik...."

saya pun mengambil peluang ini untuk memberikan komen saya didalam blog Che Det itu. Komen saya pula berbunyi begini :-

Salam buat Tun.
Kalau Tuan Guru Nik Aziz mengatakan yang Tun ini seorang yang cerdik dan tajam fikiran, memang saya kena akur akan kata-kata Tuan Guru itu. Ada isi dan asasnya.
Masalah yang dihadapi oleh Malaysia ini adalah suatu sikap dimana orang yang cerdik pandai akan diketepikan untuk kepentingan peribadi oleh yang berkepentingan.
Maka tingallah hanya puak pengampu yang mengelilingi mereka yang berkuasa.
Yang mahu dan suka dilihat dan didengar hanyalah saban hari dimainkan lagu 'golongan ini menyokong penuh kepimpinan pemerintah' ataupun 'puak ini sentiasa berdiri teguh dibelakang pemerintah'.
Pemerintah ini pun hanyutlah dibuai puji-pujian, ampu dan sokongan hinggakan terasa berada diawangan dan lupalah dia pada rakyat jelata yang masih terpahat dibumi memerah keringat untuk sesuap nasi.
Sudah bersediakah dia untuk menjawab diakhirat nanti dan dipertanggungjawapkan akan setiap akibat yang terjadi keatas keputusan pemerintahannya.
Harga minyak adalah 'ibu' ataupun 'induk' kepada segala kenaikan yang menyusul dan juga punca kepada segala permasalahan jenayah dan sosial yang menyelinap kepada segala aspek kehidupan rakyat jelata.
Andaikata, masih ada rasa keinsafan atas kewarasan seorang insan yang bergelar pemimpin sebuah negara yang berdaulat, maka wajarlah dipertimbang dan diperhalusi segala rintihan rakyat kebanyakan akan kepayahan melalui kehidupan seharian mahupun menerima nasihat dan teguran daripada segenap pemikir dan cendikiawan. Tak salah kalau dinasihati daripada dicaci.
Hidup ini hanyalah sementara. Taburlah budi dan bakti semasa masih berkuasa daripada menggamit cerca nista sepanjang masa.
Maaf Tun. Bingkisan saya ini ditujukan kepada Pak Lah, bukannya pada Tun. Harap maklum.

No comments:

Followers