Wednesday, June 4, 2008

Semua stesen minyak diserbu petang tadi


Kesemua stesen minyak dibandar Ipoh ini diserbu oleh pemilik kenderaan apabila mereka mendapat tahu bahawa harga petrol akan naik bermula tengah malam ini.
Deretan kereta menunggu giliran untuk mengisi minyak kelihatan disana sini sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas yang luar biasa semenjak petang tadi.

Saya mengambil kesempatan mengisi minyak kereta Toyota saya dalam perjalanan pulang daripada pejabat tadi. Saya berhenti distesen minyak BHP petrol Jalan Gopeng kerana tak banyak kereta disitu.

Apabila pulang kerumah, saya bawa pula kereta Wira saya untuk mengisi minyak di Petronas Jalan Gopeng. Bersesak-sesak menunggu giliran.
Yang paling bengang sekali, apabila tiba giliran saya, credit card off-line le pulak. Terpaksa le guna cash isi RM50.00. Kalau pakai kad tadi, isi penuh la jawapnya.
Memang menggila jadinya orang ramai menyerbu stesen minyak. Mungkin besok stesen minyak semuanya kosong. Tak ada kenderaan yang mengisi minyak lagi. Tapi...rasanya tidak.

Sudah menjadi tabiat rakyat Malaysia. Lantaklah nak naik berapa ringgit pun. Setakat merungut sesama sendiri je. Lepas beberapa hari, semuanya dah lupa. Berbelanja sakan kembali.

Nasib engkau la labuuuu.

No comments:

Followers