Friday, June 13, 2008

Pakcik Terer selamat diijab kabulkan


SELAMAT DIIJAB KABUL. Selepas empat hari Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu meluluskan permohonan broker tanah, Abu Bakar Embong, 54, untuk berkahwin kali keempat, akhirnya pukul 9 malam tadi beliau selamat diijab kabul dengan pasangannya, Suhaili Alias, 24.
Majlis serba sederhana itu dilangsungkan di rumah rakan beliau di Bukit Payong, Marang dengan kehadiran kedua-dua ibu bapa pasangan barunya dan tiga isterinya.
Abu Bakar yang ditemui bersyukur majlis itu berlangsung tanpa sebarang masalah.
“Saya berharap jodoh ini akan berkekalan sehingga ke anak cucu,” jawabnya ringkas.
Suhaili pula gembira dapat bertemu jodoh dengan Abu Bakar dan berharap dapat membahagiakan keluarganya.

No comments:

Followers