Wednesday, June 11, 2008

Pakcik Terer

KUALA TERENGGANU – Hajat seorang lelaki berusia 54 tahun yang mempunyai tiga isteri, 25 anak dan tiga cucu untuk berkahwin empat, akhirnya tercapai selepas mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail meluluskan kebenaran berpoligami tersebut selepas meneliti afidavit permohonan Abu Bakar Embong yang bekerja sebagai broker tanah.

Malah, hasrat mengahwini bakal isteri keempat yang berusia 24 tahun, Suhaili Alias mendapat sokongan semua isterinya iaitu Hasnah Jusoh, 43, (isteri pertama); Mazumi Ismail, 45, (kedua) dan Norazlina Arifin, 25, (ketiga).

Suasana di mahkamah juga riuh seketika apabila tiga isteri dan bakal isterinya, menjawab ‘setuju’ dan sempat tersenyum selepas ditanya hakim secara bergilir-gilir.

Mazumi yang mewakili isteri-isteri lain memberitahu, mereka bersetuju Abu Bakar berkahwin lagi kerana ingin membesarkan lagi keluarga sedia ada.

“Kami baru mempunyai 25 orang anak (pada masa ini),” katanya tenang menjawab pertanyaan hakim.

Tambahnya, sebab lain ialah mereka akan mendapat ‘kawan baru’ (Suhaili) dan dapat menambah bilangan waris dalam keluarga selain yakin Abu Bakar berkemampuan.

Hakim ketika membenarkan permohonan Abu Bakar, yakin lelaki itu boleh melaksanakan tugas sebagai suami dan mampu memenuhi nafkah zahir dan batin.

Beliau sempat berjenaka apabila bertanya sebanyak tiga kali mengenai ilmu yang digunakan Abu Bakar bagi mendapat kebenaran ketiga-tiga isterinya untuk beristeri lagi.

Ajijoi : Kawin empat tu tak salah, ikut sunnah nabi kata mereka, tapi perlulah menerapkan sifat adil kepada kesemua isteri-isteri kerana keadilan itu akan dituntut di akhirat nanti dan andaikata tidak berlaku adil, diakhirat nanti anda berjalan dengan bahu senget sebelah. Anda sanggup?

No comments:

Followers