Sunday, July 25, 2010

Hassan Ali perlu dipertahankan di Selangor

Datuk Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor semakin ditekan dengan pelbagai isu terutamanya isu perpaduan di antara PAS dan juga Umno yang kini dimainkan kembali oleh pihak-pihak tertentu yang pastinya mempunyai misi dan visi untuk menyingkirkan Datuk Hassan Ali daripada memegang sebarang jawatan terutamanya Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor.

Jawatan exco agama yang disandangnya dilihat sebagai penghalang kepada banyak perkara yang bersifat mungkar dan mengembangkan idea liberalisma menular di negeri Selangor. Bangkangan dan bantahan beliau terhadap beberapa perkara yang agak keterlaluan menurut ajaran Islam kurang disenangi setengah pihak apalagi hujah-hujah bantahan beliau itu bersandarkan kepada Al-Quran dan juga keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS Selangor.

Sudah lupakah kita akan kejayaan PAS Selangor dibawah pimpinan beliau yang membataskan jualan minuman keras (arak) dinegeri tersebut? Isu arak ini juga telah membuahkan cemburu terhadap kejayaan pimpinan Hassan Ali dikalangan pimpinan yang lain.

Oleh yang demikian, setiap kali isu perpaduan di antara PAS dan juga Umno dibangkitkan, segala tuduhan dan tohmahan akan segera ditudingkan kearah beliau kerana palitan persepsi tersebut telah melekat kepada batang tubuh beliau akibat isu kerajaan perpaduan yang lalu.

Biar sekeras manapun arus yang menongkah ke arah Datuk Hassan Ali, PAS Selangor perlu mempertahankan Pesuruhjaya mereka agar tidak hanyut ditelan arus politik merebut kuasa dan meliberalkan Islam di Selangor.

Perlu diingatkan bahawa jika Datuk Hassan Ali berjaya ditewaskan di Selangor, bukan hanya PAS tetapi Islam itu sendiri yang akan kehilangan seorang pejuang yang berkaliber.

Kepimpinan Hassan Ali di Selangor perlu dipertahankan demi 'check and balance' di dalam sistem kerajaan Pakatan pimpinan PKR di Selangor.

4 comments:

Anonymous said...

Betul tu. Hanya Hassan Ali seorang saja yg berani dlm memperjuangkan Islam di Selangor.

Kuda Perang said...

Saya sangat menyokong kepimppinan Datuk Dr Hassan Ali... namun sedih sungguh kerana ada sebilangan blogger penyokong2 PR sendiri terutama ahli PAS yang masih jahil menjadi pak turut secara taklid n main tuduh saja memburuk-burukkan beliau.....

haisara said...

Salam.,

I beg to differ. Sebelum Hassan Ali masuk PAS, terdapat ramai pejuang PAS di Selangor. Tetapi biasalah mereka yang ikhlas kalaw tak tolak betul2 jadi pemimpin mereka lebih memilih untuk jadi pendukung saja.

Soal memilih pemimpin mungkin adalah lebih baik kita ikut seperti Saidina Umar AlKhattab ra. dengan lebih memilih kepada siapa lebih awal memeluk Islam, veteran Badar dan seumpamanya. Di Selangor ramai bijak pandai PAS yang boleh mengisi tempat Hassan Ali.

Isu kes arak pun dulu dah jadi kelam kabut dan lawak kerana kena pulang balik. Dalam soal arak sebagai seorang Islam memang wajib dihindari dari semua segi tapi cara Hassan yang tidak berhemah menjadikan ianya isu undang-undang yang memihak kepada penjual arak. Betulkan dulu difinasi arak, usahakan supaya Selangor dapat meluluskan satu tatacara, baru lah kita rampas arak itu. Alasan 'ini anak kita' untuk kita lakukan tindakan seperti itu adalah sangat meleset dari segi perundangan yang boleh dipertikaikan terutama oleh pihak yang berkepentingan.

Soal jumpa mufti, Hassan dah jelaskan walaupun alasan nya masih dipertikaikan sesetengah pihak dalam PAS sendiri.

Pada saya khidmat Hassan sudah cukup. Segala kebaikan nya akan digandakan Allah InsyaAllah. Namun dalam strategi PAS Hassan lebih meletihkan seakan akan terbelit belit untuk kami melangkah.

Anonymous said...

ramai lagi pimpinan pas di selangor yg berkaliber. dr hasan terlalu banyak baggage. isu arak dulu bukan dia yg initiate. alih2 dia nak masuk campur. dia lebih pada nak sangat jadi MB. lain agenda takde. berapa banyak kontraktor umno masih "dibela" hasan ali. sudah masanya pesuruhjaya pas selangor di tukar!

abdullah abdul samad,
ampang

Followers