Tuesday, July 27, 2010

Tony pembekal peluru kepada Umno Selangor

Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP sekali lagi menjadi perhatian apabila membekalkan peluru kepada Umno Selangor untuk menghentam (mungkin juga sehingga tahap berdemo dan mengadap Sultan) kerajaan Selangor.

Mungkin beliau melihat isu pasir di Selangor semakin kendur, maka dilontarkan bola tanggung dengan isu diskaun hartanah bumiputera kepada puak Khir Toyo dan juga Noh Omar kembali berebut tunjuk hebat menjadi juara Melayu di Selangor.

Siapa yang bakal menyerlah kali ini, Khir atau Noh?

Mansuh diskaun hartanah bumiputera

SHAH ALAM 26 Julai - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.

Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan.

''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.

''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil.

Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.

Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.

''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah kemudian dijual pada harga lebih tinggi,'' katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan hartanah di Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan pembangunan hartanah di negeri ini.

''Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan.

''Keadaan ini tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif," katanya.

-utusan malaysia

3 comments:

matkambing said...

saya rasa kenyataan tony ini akan diputarbelitkan oleh amno-apko, kita lihat nanti!

Anonymous said...

putar belit amendenye???
kenyataan tony pua tu yg kurang ajar!!

Anonymous said...

Hartanah yang nilainya melebihi rm500 ribu keatas mestilah orang melayu yang dah kaya mampu membelinya. Jadi apa masaalah jika pun tak ada diskaun?

Followers

Video ajijoi

Loading...