Wednesday, July 21, 2010

Himpunan Warga Felcra Kebangsaan Kali Pertama

HIMPUNAN WARGA FELCRA KEBANGSAAN

31 JULY 2010-1hb OGOS 2010

TEMPAT :

FELCRA BANDAR SEBERANG PERAK

(CHANGKAT LADA) PASIR SALAK

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorperatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA BERHAD dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat Milik Penuh Kerajaan.

Penukaran entiti memberi kesan langsung kepada peserta seperti :

· Peserta kurang faham kesan penukaran status dari sebuah badan berkanun kepada Syarikat Milik Penuh Kerajaan.

· Kesan hak pemilikan tanah kepada peserta.

· Perolehan hasil pertanian didapati jauh lebih rendah berbanding dengan keluasan tanah yang diusaha secara persendirian.

· Terdapat lebih kurang 30,000 hektar tanah kerajaan negeri diberi kepada FELCRA BERHAD dimana akta GSA tanah boleh diberi kepada individu atau koperasi.

Perhimpunan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta dan peneroka FELCRA BERHAD serta memahami hak mereka dan mengetahui kemantapan syarikat.Kebimbangan ini timbul kerana sejarah telah membuktikan banyak syarikat kerajaan dilaporkan menuju kearah kehancuran dan telah pun hancur seperti FELDA BHD,POS MALAYSIA,PERWAJA dan BANK BUMIPUTRA.

YDP PAS LENGGONG

Pengarah perhimpunan, Haji Razman Bin Haji Zakaria yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Perak menyeru kepada semua pihak memberi sepenuh sokongan untuk menjayakan himpinan ini.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

YUHANIS : 0172860979 / 0133039913

AZNI MOHAMED ZAMRI : 0134851510

ZAMARUL AINI ABD MALIK (Ruang Niaga) : 0105968786

ISHAK SAARI (Penginapan) :0135922401

MAT ZUKI JUSOH (Sumbangan) : 0135962425

BANTUAN KEWANGAN AMAT DIPERLUKAN SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI CEK DIATAS NAMA :

PAS PASIR SALAK

AKAUN NO : 0803101001611 (BANK ISLAM BERHAD)


Moh turun ramai-ramai Yob, Yong. Jangan tidak...

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...