Wednesday, July 21, 2010

Seorang pemimpin yang bernama Ahmadenijad

Video ini wajar ditonton oleh para pemimpin semua.

Pada minit ke 8:36, disebutkan yang Presiden Iran Ahmadenijad hanya memiliki sebuah Peugeot tahun 1977 dan sebuah rumah berusia 40 tahun yang diwarisi daripada bapanya, rumah tersebut terletak disebuah kawasan miskin di kota Tehran.

Pada minit 8:55 disebutkan gaji Dr Ahmadinejad adalah 250 dollar yang diterimanya dari Kementerian Pelajaran (kerana beliau masih seorang pensyarah bidang kejuruteraan di sebuah universiti).

Pada minit ke 9:02 disebutkan, apabila seorang wartawan Barat menyoal Presiden Ahmadinejad; 'Apabila anda melihat diri ke dalam cermin setiap pagi apakah yang anda fikirkan?' Presiden Ahmadinejad menjawab: 'Saya beritahu kepada orang yang berdiri di dalam cermin itu bahawa anda hanyalah orang gaji yang punya misi besar iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat Iran.

Kemudian pada video, menyebutkan Ahmadinejad membawa bekal setiap hari ke pejabat (yang disediakan oleh isterinya) dan kadang-kala beliau meninggalkan pejabat untuk membantu pekerja awam membersihkan sampah sarap di jalanraya.

Jadi mu, kalau mu tidak tahu malu; silakan mu mengaku diri pemimpin rakyat.

http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/07/10-minit-bersama-ahmadinejad.html




Sanjungan saya kepada peribadi dan kepimpinan Presiden Ahmadinejad ini bermula apabila saya membaca buku 'Ahmadenijad Singa Baru Dunia Islam' yang memaparkan watak dan kisah kehidupan peribadi beliau yang begitu sederhana berbanding dengan pemimpin Arab yang lain.

Ucapan-ucapannya juga keluar daripada hati yang murni seorang pemimpin Islam yang digambarkan sebegitu buruk oleh media barat.

Semoga Allah Taala memberikan petunjuk jalan kepada para pemimpin kita agar mencontohi kesederhanaan beliau.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...