Wednesday, July 21, 2010

Bersyarat ataupun tidak, lupakan Umno!!

MUFTI Perak nampaknya bersungguh mahukan Umno dan PAS bersatu, kununnya demi perpaduan Melayu Islam. Tidak menghairankan mengapa Mufti Perak tersebut hanya mahukan Umno dan PAS sahaja bersatu, sedangkan di negara ini bukan hanya dihuni oleh orang-orang Umno dan PAS sahaja.

Di dalam PKR contohnya begitu ramai ahli yang terdiri dari Melayu Islam. Itu belum dikira lagi dengan berbagai NGO yang lain. Tetapi mengapa tumpuan Mufti Perak hanya untuk Umno dan PAS? Bukankah terdapat sesuatu kepentingan di dalamnya?

Najib turut mengulas isu yang sama. Najib mahukan Umno dan PAS bersatu tanpa pra syarat. Lupakan soal royalti minyak yang dituntut oleh Kelantan, kata Najib. Mungkin juga Najib mahu PAS lupakan semuanya yang telah Umno atau kerajaan lakukan kepada rakyat. Lupakan Akta zalim ISA, lupakan rampasan kuasa di Perak, lupakan soal rasuah dan sebagainya. Rundingan tanpa syarat sebegini seperti rundingan kumpulan kongsi gelap sesama mereka.

Sebenarnya rundingan dengan parti seperti Umno ini WAJIB disertakan dengan syarat. Itu pun jika mahu berunding soal-soal perpaduan bukan soal membentuk Kerajaan Perpaduan. Jika rundingan berkaitan Kerajaan Perpaduan, mustahil untuk dilaksanakan kerana PAS sendiri telah memberi jaminan tiada lagi Kerajaan Perpaduan dengan Umno. Jika Umno teringin juga untuk bersama PAS, Umno hendaklah membubarkan parti sekular tersebut dan sertailah PAS.

Kepada pimpinan PAS, pedulikan `rengekan' Umno waktu ini. Biarlah Umno sendiri mencermin wajah mereka dahulu. Parti sekular tersebut kini benar-benar kelemasan dan tertekan kerana mereka tidak lagi boleh berharap kepada sekutu-sekutu mereka di dalam Bn. Kepada siapa lagi Umno mahu memohon simpati jika bukan kepada PAS? Diharapkan PAS tidak akan menjadi seperti kisah `Sang Kancil dengan Buaya'.

WFAUZDIN NS

Baik Umno, baik Harussani, umpama 'Hidung tak mancung...pipi tersorong-sorong'

No comments:

Followers