Saturday, July 10, 2010

Tingkatkan aktiviti sebaran maklumat semasa kepada rakyat - PAS Perak

IPOH, 9 Julai, Pesuruhjaya PAS Perak mengharapkan agar Setiap ahli PAS Perak melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota penerangan yang melaksanakan tugasan menyebarkan maklumat secara aktif berkaitan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara bagi mengubah pemikiran rakyat.

Menurut beliau kegagalan petugas parti diperingkat akar umbi menyampaikan maklumat kepada rakyat terutama orang Melayu di kawasan kampung menjadi punca kepada sukarnya penduduk di kawsan luar bandar mendapatkan maklumat.

“ kebanyakan penduduk kampung hanya memperolehi maklumat yang disampaikan TV dan akhbar Utusan Malaysia dan akhbar tajaan umno sahaja” ujar beliau

“ Sebab itu kita nak setiap ahli PAS berperanan sebagai penyampai maklumat yang benar dan tepat kepada rakyat, khususnya dalam membongkar kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin umno bn dalam mentadbir negara,” katanya

“Contohnya kita boleh perincikan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara termasuk isu-isi terkini membabitkan pengambilan syarikat berlatar belakangkan rejim Zionis Israel, Apco yang menyediakan perkhidmatan komunikasi strategic yang dikaitkan penglibatan pemimpin Umno.” Tegas beliau lagi

Selain itu beliau juga mahukan agar jentera penerangan PAS perlu mempelbagaikan kegiatan penerangan bagi memastikan setiap rakyat mendapat pendedahan isu semasa sesuai dengan latar belakang pemikiran dan budaya mereka.

“Dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat kita perlu mempelbagaikan teknik agar maklumat yang disampaikan berkesan dan dapat diterima oleh rakyat. Sebab itu pendekatan yang pelbagai teknik adalah penting dan perlu difahami,” katanya.

1 comment:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

PAS adalah sebuah parti 'Islam' yang gemar menuduh parti lain melakukan yang sesuatu yang tidak baik tetapi macam tak sedar bahawa puak PAS sebenarnya melakukannya.

Sebagai contoh ialah membeli wakil rakyat parti lain untuk menyertai mereka.

Dalam blog Kickdefella pada 11 Julai 2010 menyatakan bahawa ada menerima SMS berbunyi 'Wang sudah ada untuk pembelian wakil rakyat BN'.

Jadi sekarang siapa yang membeli?

Walaupun sudah pakat keluar ramai2 (pkr) menjadi bebas tidak kiralah sama ada sokong BN atau tidak, ini bukanlah bermakna BN membeli mereka.

Pendedahan Syed Azidi ini sudah diketahui ramai orang termasuk blogger rasukan PAS.

Selain dari membeli wakil rakyat, banyak perkara lain yang PAS lakukan tapi menuduh parti lain melakukannya untuk menunjukkan parti 'Islam'nya.

Peliknya, Tok Nik Azizlah yang bukan main rancaknya menentang rancangan ini.

Sungguh hebat mereka menyangkal membeli wakil rakyat kalau ada dakwaan tersebut jika wakil rakyat BN melompat ke lubang PAS.

Oleh yang demikian ada sesiapa yang mempercayai parti 'Islam' di sebalik kepimpinan ulama.

Biarkan mata puak PAS macam orang buta dan telinga mereka pekak mengenai sokongan mereka kepada 'kepimpinan ulama' yang berpeluk dengan DAP dan PKR dengan menolak saudara seagama yang telah lama dikafirkan.

Rakan tinju PAS iaitu DAP akan menumbuk hingga ke dinding suatu hari nanti.

Hanya Karpal yang boleh menjawab apabila mengatakan 'langkah mayat aku dulu' dan 'Singh is king'

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...