Saturday, July 9, 2011

Polis mula mengganas, geledah bilik-bilik hotel sekitar KL

Kebanjiran peserta Bersih 2.0 ke Kuala Lumpur telah menggusarkan pihak berkuasa.

Biarpun banyak jalan-jalan utama yang ditutup, sehinggakan ada yang ditutup dengan menggunakan batu, masih tidak dapat menghalang kehadiran orang ramai untuk perhimpunan aman Bersih.

Polis telah memulakan tindakan agresif dan ganas dengan menggeledah bilik-bilik hotel sekitar KL seperti di Medan Tuanku dan Brisdale. Apa yang dicari? Baju-baju t Bersih dan juga orang-orang yang namanya tersenarai sebagai dilarang memasuki Kuala Lumpur.

Antara yang terlepas dan bolos daripada hotel geledahan pihak polis malam tadi adalah Chegu Bard, antara 66 orang yang tersenarai.

Orang ramai juga dinasihat agar berhati-hati apabila menerima pesanan ringkas (sma atau bbm) kerana pihak sb polis telah menggunakan handphone-handphone orang yang telah ditahan untuk menghubungi rakan-rakan mereka bagi mengetahui kedudukan lokasi di mana mereka berada.

Pihak polis telah memberikan amaran yang keras, akan menggunakan segala kuasa yang mereka ada bagi menghalang terjadinya perhimpunan aman Bersih 2.0 hari ini. Hayat BN yang masih berbaki perlu diselamatkan dengan apa cara sekalipun, walau ada rakyat yang akan menjadi mangsa.

Ramai yang berasa kesal dengan tindakan pihak polis terhadap peserta himpunan aman ini. Dilayan bagaikan penjenayah yang amat berbahaya. Seandainya pihak polis bertindak sedemikian terhadap penjenayah-penjenayah yang masih bebas berkeliaran, sudah pasti Malaysia akan aman damai.

Untuk mengikuti perkembangan terkini, ikuti laporan saya melalui facebook.com/azizul nizam dan juga twitter @ajijoi (laporan yang lebih pantas di twitter dan facebook).

Sent from my iPhone

No comments:

Followers