Friday, July 15, 2011

Perak mempunyai warga emas teramai didunia?

Lebih 1,600 warga emas berusia lebih 100 tahun di Perak
Perak KINI MEMILIKI warga emas TERTUA PALING RAMAI bukan sahaja di Malaysia, mungkin di dunia kerana terdapat kononnya 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di negeri itu mengikut PKR.

Ahli majlis tertinggi PKR yang juga ahli parlimen Gopeng Lee Boon Chye berkata demikian pada sidang akhbarnya di Ipoh.

Bersama naib ketua pemuda PKR yang juga ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, Lee membekalkan dokumen bagi menyokong hujahnya itu.

Katanya dengan penemuan itu, Perak mungkin menjadi negeri yang mempunyai warga emas paling ramai.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, pengundi paling tua di negeri Perak berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun.

Lee berkata jumlah pengundi berusia antara 100 hingga 109 tahun pula adalah 1,447 orang.

Sehubungan itu, PKR menggesa SPR menyiasat pengundi berkenaan. Mereka juga mecadangkan badan pilihan raya itu melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik - yang dituntut oleh gabungan BERSIH 2.0 yang didakwa mereka boleh menyelesaikan masalah senarai pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada di senarai pendaftar.

"Pendaftaran automatik boleh menyelesaikan banyak masalah SPR, jadi mereka boleh fokus pada kerja-kerja penting yang lain," kata Lee.

No comments:

Followers