Tinjauan mendapati rata-rata pimpinan Bersih 2.0 yang nama mereka tersenarai antara 91 orang yang dihalang memasuki KL melalui perintah mahkamah, tetap teguh pendirian untuk bersama-sama berarak dengan rakyat Sabtu ini.
Ini adalah kerana perintah mahkamah tersebut bersifat 'void ab initio' (salah seawal-awalnya lagi).
Pandangan daripada para peguam tersebut telah meyakinkan mereka untuk terus bersama-sama di Himpunan Bersih 2.0 nanti.
Perintah mahkamah bersifat Void ab Initio?
Komuniti Peguam dan pakar undang-undang dikhabarkan sedang mengadakan perbincangan mengenai keabsahan perintah yang diperolehi oleh Polis Kuala Lumpur untuk menghalangi 91 pimpinan pelbagai peringkat memasuki ibu negara, Sabtu ini.
Mereka menyifatkan perintah itu sebagai bersifat satu pihak sahaja dapat akses (ex-parte) kepada mahkamah majistret yang mengeluarkan perintah itu.
Komuniti berkenaan berpendapat bahawa di bawah prinsip undang-undang "seseorang tidak boleh dihukum tanpa dihadapkan ke mahkamah" (audi alteram partem).
Oleh kerana itu ia jelas menunjukkan bahawa perintah yang diperolehi oleh Polis KL itu void ab initio (salah seawal2nya lagi).

Lantaran itu mereke berpendapat bahawa keengkaran pada perintah tersebut bukanlah menghina keputusan mahkamah.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin mendakwa polis sekadar menambahkan lagi suasana tegang Himpunan Bersih 2.0 apabila mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 pimpinan, termasuk beliau sendiri daripada memasuki Ibu negara Sabtu ini.
Ketua Pegerakan Pemuda itu berkata, kini beliau sendiri dihalang memasuki ibu negara, sedangkan itulah tempat tinggalnya.
"Di sebalik mencari jalan penyelesaian, kini Polis telah merosakkan jalan penyelesaiaan itu," katanya."Perintah mahkamah itu telah menegangkan lagi situasi itu. Kini penyokong saya, Perkasa dan Bersih telah kecewa.
"Keadaannya kini tidak menentu. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku seterunyai," katanya.
1 comment:
Apa hak kera-jaan nak sekat kebebasan rakyat ni... kita ni mgalah duduk dlm negara komunis.. suka2 hati depa nak manipulasi undang2. Mahkamah pun satu hal.. jadi barua. Mudah2an Allah permudahkan jalan pengambil alihan kuasa dari puak2 yg zalim ini... AMIN YA RABBAL ALAMIN
Post a Comment