Monday, July 11, 2011

Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub mahu saman polis

Dua naib presiden PAS dakwa polis salah tahan mereka, mahu saman

July 11, 2011

Salahuddin (kiri) dan Mahfuz di ibu pejabat polis daerah Brickfields hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 11 Julai — Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub mahu menyaman polis, mendakwa mereka telah ditahan secara tidak sah di hab pengangkutan KL Sentral, Sabtu lalu ketika bergerak untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Mahfuz berkata KL Sentral bukan kawasan larangan yang dikenakan ke atas 91 individu termasuk mereka berdua.

“Kami melihat ini tahanan yang tidak sah, dari sudut perundangan dan bercanggah dengan perintah mahkamah.

“Dan, sebagaimana telah kami katakan tindakan (menahan kami) bertentangan dengan undang-undang dan malangnya apabila kami ditahan, polis hanya mengatakan sama ada kami sedar adanya perintah mahkamah melarang kami memasuki Kuala Lumpur, seolah-olah kami ditahan kerana bertindak bertentangan dengan perintah mahkamah,” kata Mahfuz selepas membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Brickfields di Sri Petaling hari ini.

No comments:

Followers