Ada pihak yang mengambil peluang mengelirukan peserta-peserta Bersih dengan mengatakan bahawa permit telahpun dikeluarkan oleh pihak polis untuk mereka berhimpun di Stadium Merdeka esok.
Berita ini dinafikan oleh Penerangan PKR. Pihak penganjur Bersih telah berkunjung ke Balai Polis Dang Wangi untuk mendapatkan permit tersebut setelah diberitahu untuk berbuat demikian.
Namun, ianya hanyalah semata 'gurauan' apabila pihak penganjur Bersih hanya diberitahu bahawa permit telah ditolak.
Berita pemberian permit kepada Bersih telah tersebar luas, yang bakal menggamit lebih ramai pengunjung kekotaraya Kuala Lumpur, termasuklah yang telah membatalkan hasrat untuk berbuat demikian sebelum ini.
No comments:
Post a Comment