Saturday, March 14, 2009

Siapa yang Umno wakili sebenarnya?

Menurut kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hanya 19 peratus orang Melayu yang mahukan Umno terus memerintah negara. Ini bermakna, 81 peratus orang Melayu yang tidak mahukan Umno terus memerintah.

Umno yang merupakan sebuah parti politik bangsa Melayu, mendakwa perjuangan mereka untuk menaikkan dan mempertahankan bangsa Melayu di negara ini.

Tetapi, jika hanya 19 peratus orang Melayu yang mahukan pemerintahan Umno, bolehkah Umno mendakwa mereka mewakili bangsa Melayu lagi? Keahlian seramai 3.9 juta yang didakwa Umno juga hanyalah satu angka di atas kertas memandangkan polisi mereka yang hanya mempunyai borang menjadi ahli tetapi tiada borang untuk keluar ahli.

Rata-rata orang Melayu telah menolak Umno walaupun Umno mengatakan bahawa perjuangan mereka untuk membela orang Melayu sebenarnya tidak lagi relevan.

Jadi, siapakah sebenarnya yang diwakili oleh Umno hari ini? Umno kini hanya menjadi wakil kepada para perasuah yang korup, bukan lagi orang-orang Melayu.

Tanah perkuburan untuk Umno telah tersedia di Tapah di atas sumbangan Ahli Parlimen Tapah daripada MIC.

3 comments:

c.a.w.a.n said...

;]

yup..

entry yg mantop.

Unknown said...

survey itu akan memberi tekanan kepada UMNO

Anonymous said...

kalo kubur udah siap, kita baca yaasin je laa.

Siapa yang akan sokong UMNO di Bukit gantang?
1. Towkey
2. Kroni towkey
3. JKK Lamer/karat
4. Pakida
5. sekumpulan Katak
6. Guru Kemas
7. SPR
8. SPRM
9. SB
10. FRU
11.sapa lagi yek..?

Followers