Tuesday, March 10, 2009

Ceramah penerangan di dewan sg rokam


IPOH (9.3.09): Satu ceramah penerangan mengenai keadaan politik di Perak telah diadakan di Dewan Dato Ahmad Said, Kg Sg Rokam, Ipoh.



Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Pas Gopeng, Sdr Saharudin dimulakan dengan bacaan doa oleh beliau sendiri.



Penceramah pertama ialah YB Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai) yang mengatakan bahawa Umno bagaikan membaling batu dan sembunyi tangan atau sembunyi disebalik istana di dalam pergolakan di Perak hari ini. Kesemua adun Pakatan Rakyat menurutnya bukan mempertahankan jawatan mereka tetapi memperjuangkan hak rakyat.



Pas adalah parti masa depan. Itulah kenyataan yang dinyatakan oleh bekas timbalan menteri MIC, kata Sdr Radzi Zainon yang menjadi penceramah kedua. Dan MB Nizar dikatakan berjaya menjadi penyelamat kepada kerajaan Pakatan di Selangor dan Kedah dengan ketegasannya mempertahankan hak rakyat sehinggakan Umno kurang yakin untuk merampas dua negeri tersebut.



YB Chang Lih Kang (Adun Teja) pula menyatakan bahawa Perak hanya mempunyai seorang Menteri Besar iaitu MB Nizar. Umno katanya sentiasa memainkan sentimen perkauman untuk memecah belahkan rakyat. Dalang kepada segala permasalahan di Perak menurutnya adalah Najib Altantuya.



Adun Titi Serong iaitu YB Drs Khalil Idham Lim menegaskan bahawa Umnolah yang sebenarnya gila kuasa kerana tidak dapat menerima pilihan rakyat setelah memerintah selama 51 tahun. Beliau juga menyenaraikan sebanyak 15 bukti bahawa yang menderhaka kepada raja-raja Melayu adalah Umno bukannya Pakatan Rakyat.



Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng) yang menjadi penceramah terakhir menerangkan bagaimana Najib mempergunakan segala-gala agensi kerajaan, media dan istana untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat Perak.

Ceramah berakhir jam 11.55 malam.


YB Khalil Idham Lim bergambar bersama penyokong dan peminat blognya cina-islam.

2 comments:

Chang Lih Kang 郑立慷 said...

Bang, nama I Chang Lih Kang lah, bukan ling kang ;p

Ajijoi said...

Alamak, salah eja...

Sorry...will be rectified immediately.

Followers