Tuesday, March 3, 2009

Bangunan SUK dikepung FRU untuk halang sidang DUN










IPOH (3.3.09): Kira-kira 300 orang penyokong beserta Adun-adun dan exco-exco Pakatan Rakyat telah dihalang daripada mengadakan sidang Dun Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang mula mengawal bangunan SUK sejak tengahari semalam mengadakan benteng untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan tersebut.

Tiada kelihatan kelibat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mahupun pegawai tinggi daripada bangunan tersebut yang berada disitu. Segala perundingan hanyalah melalui pegawai polis yang berada di atas sebuah trak FRU yang ditempat dihadapan pagar SUK.

Menurut pihak polis, hanya Speaker Perak dan juga Adun serta exco daripada BN sahaja yang dibenarkan masuk.

Bangunan SUK ditutup untuk sebarang urusan hari ini berikutan notis tanpa tandatangan yang dikeluarkan semalam.



No comments:

Followers