Sunday, March 22, 2009

Fairus letak jawatan Timb Ketua Menteri P.Pinang


PETALING JAYA: Selepas spekulasi sejak Disember lalu, Mohamad Fairus Khairuddin disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Exco negeri di sebalik siasatan isu dakwaan rasuah aktiviti kuari.

Keputusan itu berkuat kusa 8 April ini - sehari selepas tiga pilihan raya kecil serentak.

Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng tengah hari tadi.

Fairus mengambil keputusan tersebut di sebalik siasatan berhubung isu rasuah berkaitan dengan aktiviti kuari di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, dalam surat letak jawatan yang dikemukakan hari ini ada disebutkan bahawa Fairus mahu melanjutkan pengajian ijazah lanjutan.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata, Fairus telah meminta cuti untuk memikirkan kedudukannya dalam kerajaan selepas mendapat tawaran belajar.

"Dia telah pilih untuk teruskan pelajaran dan hal itu menyukarkan beliau untuk teruskan tugas sebagai Exco dan Timbalan Ketua Menteri," katanya.

Difahamkan beliau telah menerima tawaran untuk belajar di luar negara.


Selanjutnya disini.


Siapa sebenarnya Fairus.


No comments:

Followers