Wednesday, March 11, 2009

Berjayakah pakej stimulus kedua? - Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, March 11 - Akhirnya kerajaan bersedia menerima hakikat bahawa negara akan ditimpa seluruh impak buruk krisis kewangan global.

Baguslah, walaupun agak lambat. Sejak November lalu, Pakatan Rakyat mahu kerajaan bertindak segera bagi mengelakkan penguncupan dan menangani kelembapan ekonomi.

Betul kita tidak terkesan dengan krisis sub-prima kerana pendedahan kita terlalu minimumterhadap segala produk-produk canggih derivative gadai-janji sekuriti ciptaan genius kewangan Barat. Tetapi lain pula halnya dengan negara-negara seperti United Kingdom, Jepun, Singapura dan Timur Tengah.

Semua negara-negara ini sedang mengalami kemelesetan ekonomi dengan membawa satu senario ngeri yang bakal ditanggung rakyat masing-masing.

Ia persis kelembapan ekonomi tahun 1929 dalam "The Great Depression". Kini kemelesetan pertumbuhan di United Kingdom sebanyak -2.8 peratus, Jepun -2.6 peratus dan Singapura -4.9 peratus.

Kini kita mengakui pertumbuhan negara hanya sebanyak 0.1peratus pada suku akhir 2008, berbanding 4.7 peratus pada suku ketiga 2008.

Bahawa negara akan mengalami kemelesetan atau 'recession' bukan lagi suatu ramalan bahkan hakikat yang pasti. Ia bukan sukar untuk difahami seperti ilmu sains roket.

Jumlah ekspot menjunam sebanyak 27.8peratus pada bulan Januari 2009 sementara Indeks Pengeluaran Industri (IPI) merosot sebanyak 15.6 peratus pada bulan Disember 2008.

Sumbangan IPI adalah hampir40peratus dari jumlah seluruh ekonomi negara. Rizab Antarabangsa hanya tinggal RM316 bilion pada bulan Disember 2008, berbanding RM410 bilion pada bulan April 2008.

Pengurangan permintaan barangan kita, pengurangan rizab negara, pelebaran defisit fiskal, antara lain, akan sekali gus mengurangkan nilai ringgit Malaysia (RM) yang kini kehilangan sebanyak 7peratus berbanding Dolar Amerika.

Baca selanjutnya

No comments:

Followers