Tuesday, March 17, 2009

Selamat Harijadi, DS Nizar


IPOH (17.03.09): Hari ini MB Nizar telah diraikan harijadinya secara mengejut oleh YB Ngeh dan YB Nga serta beberapa adun lagi di bawah pokok demokrasi.

Majlis ringkas tersebut agak meriah, walaupun hujan kerana khemah yang didirikan dipenuhi ramai tetamu termasuk para wartawan.

MB Nizar yang menyambut harijadinya yang ke-52 hari ini telah dihadiahkan dengan sebiji kek yang tertulis 'Hidup Rakyat' serta beberapa hadiah yang lain. Kesemua yang hadir telah mengucapkan selamat kepada beliau.

MB Nizar amat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua yang hadir.

Semoga DS Nizar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta di kurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjuangan rakyat Perak.








2 comments:

Tok Selampit said...

Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan harian MB Nizar,seluruh pendokong PAS Perak dan barisan-barisan ADUN Pakatan Rakyat Perak.


p/s ajijoi, ada scripting error masa nak tekan button komen.

Anonymous said...

sekarang ni Nizar udah sah di DAP kan oleh DAP, dah reti sambut harijadi tiup kek , dah tak payah doa , dah tak payah duduk kalau makan...

dan yang paling mensyirikkan,menagungkan pokok ..sambil majlis hari jadi pun di bawah pokok so called demokrasi..

alahai Nizar..udah jadi orang DAP ko ye...

Followers