Wednesday, March 18, 2009

Blog yang paling dinanti-nantikan


Sebuah laman blog yang paling dinanti-nantikan ramai akan mula dilancarkan pada minggu hadapan.

Blog ini juga dijangka dapat menandingi blog terkenal kepunyaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah berjaya meraih kunjungan yang tertinggi.

Pemikiran dan kupasan pemilik blog baru ini yang senantiasa melangkaui rasional akal dan berpandukan Al-Quran dan hadis telah lama saya nantikan.

Dengan terbitnya sebuah blog yang melangsungkan buah fikiran dan juga pandangan peribadi beliau, lebih mudah rakyat berbilang kaum dan agama menghadam sesuatu isu itu tanpa putar belit pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Blog yang dimaksudkan itu adalah milik tulisan TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT.



KOTA BHARU - Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger politik tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini.

Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron memberitahu, medium Internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu.
Katanya, sudah terdapat ramai ahli politik menggunakan kemudahan itu dan kini sampai masanya Menteri Besar itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan keadaan semasa.

"Beliau (Dato' Nik Abdul Aziz) akan cuba menyampaikan pandangannya berhubung isu-isu semasa kepada masyarakat dan penyokong parti dengan lebih pantas dan jelas," ujarnya.

Anual Bakhri memberitahu Utusan Malaysia, ia juga akan memberi ruang kepada Dato' Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas selaku pemilik blog untuk menyeimbangkan informasi daripada segenap pihak terutama media.
"Kegiatan-kegiatannya dalam kerajaan dan parti serta ceramah-ceramahnya akan turut dipaparkan untuk rujukan masyarakat, para pengkaji atau mereka yang ingin membuat analisis," katanya.

Beliau memberitahu, melalui blog berkenaan, ia akan turut memudahkan pihak media mendapatkan ulasan Dato' Nik Abdul Aziz dalam pelbagai isu semasa yang berbangkit.

"Ia akan menjadi satu alternatif kepada pihak media sendiri bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan mengelak daripada berlakunya kekeliruan, salah faham dan juga pentafsiran," ujarnya.

Katanya, blog itu buat permulaan tidak dibuka kepada pihak yang menjenguk laman untuk membuat sebarangan ulasan atau mengemukakan pandangan.
"Ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan pada masa depan, pandangan Dato' Nik Abdul Aziz juga akan turut diterjemahkan dalam bahasa Inggeris di samping penggunaan tulisan jawi.

"Ia selaras dengan dasar langit terbuka kini apabila masyarakat dunia boleh turut memahami dan mengetahui apa yang berlaku," ujarnya.
Katanya, blog ini akan dilancarkan oleh Dato' Nik Abdul Aziz serentak dengan pelancaran WiFi Aptus Net yang dikendalikan oleh syarikat Aptus Net Comunity.

Aptus Net Comunity merupakan sebuah anak syarikat Infra Quest milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

2 comments:

A Mum Of Three Mohd said...

Salam Ajijoi,

Alhamdulillah. Mummy pasti akan tunggu. tak sabor rasa nyer!!

Unknown said...

salam...

best la macam ni.. bila gamaknyer.. mesti ikut!

Followers