Tuesday, March 24, 2009

Akhbar Liberation dan Timesonline juga akan digantung?

Apakah akhbar berbahasa Perancis 'The Liberation' dan akhbar 'Timesonline' akan menerima nasib yang sama seperti Harakah dan Suara Keadilan yang digantung penerbitannya selama 3 bulan berkuatkuasa serta merta kerana menyiarkan laporan mengenai pembunuhan Altantuya melibatkan Najib Razak?

Malah, Forum Magazine daripada Jakarta juga telah menyiarkan artikel tentang pembunuhan Altantuya di Malaysia. Perlukah KDN menggantung majalah tersebut juga kerana melaporkan hal yang sensitif tentang pemimpin negara?

Ternyata pengaruh akhbar Harakah dan Suara Keadilan begitu besar sehinggakan tindakan menggantung 2 akhbar tersebut terpaksa dilakukan walaupun KDN tahu impak daripada tindakan mereka itu.

Rakyat Malaysia kini telah membuka minda untuk berfikir segala tindak-tanduk yang dilakukan kerajaan samada untuk kebaikan rakyat dan negara ataupun hanya untuk menjaga kepentingan individu-individu tertentu sahaja.

Penilaian dan pemikiran rakyat kini sepatutnya dihormati bukannya disekat sepertimana dahulu.

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Yang Australia tu?

http://digg.com/politics/Murder_of_Far_Eastern_Mata_Hari_linked_to_Malaysia_s_PM_in

Unknown said...

Perancis, Indonesia, Australia...coming soon worldwide. Kalau satu dunia dah tahu, agak2 nye le kalau Najib nak buat lawatan ke negara2 tersebut, apakah penerimaan mereka terhadap najib? Dan satu lagi, bila kali terakhir najib keluar dari Malaysia untuk buat lawatan?

Followers