Wednesday, January 22, 2014

Kerana dadah, budak 2 tahun yang terima padah

Malam ini hati, fikiran dan perasaan aku jadi tak tenang. Semuanya kerana menonton berita tadi mengenai kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun yang dibunuh secara kejam di Terengganu.

Dilaporkan juga, ibu saudara mangsa mengatakan yang kanak-kanak itu telah diliwat dan dirogol sehingga ususnya terkeluar. 

Yang dituduh membunuh itu pula dikatakan teman lelaki mak budak tu, dan penagih dadah. Mereka dah pun ditahan polis untuk siasatan.

Gambar mangsa pula berlegar di alam maya. Penuh facebook dengan gambar mangsa semasa hidup dan setelah mati. Begitu juga gambar saspek dan mak budak tu sekali.

Aku jadi trauma bila mengenangkan macam mana la perasaan si pembunuh itu semasa melakukan perbuatan sekejam itu.

Bagaimana pula perasaan ibu mangsa apabila dikatakan bersubahat sama dalam perbuatan kejam itu.

Dan paling trajis, bagaimanalah keadaan budak tu semasa dilakukan sebegitu.

Aku seorang bapa yang anak perempuanku hampir sebaya dengan mangsa. Tak tahu dan tak mahu kufikirkan bagaimanalah perasaan ayah mangsa yang ketika ini berada di penjara, juga kerana dadah.

Tak tahulah sama ada aku boleh lena malam ini disebabkan trauma kes yang ini.

Ya Allah, lindungilah kami daripada perkara-perkara yang sebegini. Kami mohon agar dijauhkan daripada menjadi mangsa kekejaman mahupun sebagai seorang yang kejam.

Kanak-kanak perempuan dibunuh kejam di Terengganu

indexDUNGUN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, di sini hari ini.

Mayat kanak-kanak separuh bogel itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan itu kira-kira 3.30 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.

Katanya curiga dengan bau itu, dia bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu di dalam bilik air rumah tersebut.

“Ketika ditemui, mayat dalam keadaan terbaring di lantai bilik air manakala masih terlekat kesan darah dan pakaian yang dipakai terangkat ke bahagian atas. Kita masih mengesan identiti mayat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya mangsa dipercayai sudah mati lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat. – Bernama

No comments:

Followers