Petang semalam negara telah dikejutkan dengan pengumuman perletakan jawatan oleh ADUN Kajang (PKR) di Selangor.
Dan malamnya pula beliau menjelaskan bahawa perletakan jawatannya atas alasan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.
Ini adalah satu kenyataan yang keliru lagi mengelirukan.
Dengan perletakan jawatan itu, satu pilihanraya kecil (PRK) terpaksa diadakan bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan (Adun) tersebut.
Jika ianya kerana kematian, satu perkara ketentuan Tuhan yang tidak dapat dielakkan, lain cerita.
Ini, bagaikan ada satu rancangan pula.
Perbelanjaan untuk mengadakan Prk itu bukanlah satu jumlah yang kecil.
Disaat rakyat terpaksa mengikat perut menahan keperitan kenaikan harga barang, mengapa perlu dibazirkan lagi wang negara dengan satu benda yang boleh dielakkan?
Bab politik satu hal. Tetapi ini adalah bab perbelanjaan negara yang akibatnya nanti akan ditanggung oleh setiap rakyat, tanpa mengira agama, bangsa dan juga fahaman politik.
Sudah-sudahlah bermain politik dengan masa depan rakyat dipertaruhkan hanya kerana segelintir individu yang punya matlamat tersendiri.
Demi rakyat, janganlah dibazirkan wang negara kepada benda-benda yang tak perlu.
No comments:
Post a Comment