Friday, January 3, 2014

Havoc sekolah kembali

Musim baru persekolahan bermula semalam. Daripada anak-anak sehinggalah kepada mak bapak, semuanya kembali havoc dengan jadual harian yang sibuk dan ketat.

Anak-anak kembali dengan ritual asal mereka, seawal pagi dah havoc bersiap-siap untuk ke sekolah. Balik sekolah pula, ada yang sambung dengan sekolah agama rakyat dan terus ke pusat tuisyen disebelah malamnya.

Mak bapak pula kembali havoc dengan jadual perjalanan menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah. Waktu makan tengahari pun dah jadi kelam-kabut apatah lagi kalau yang ada anak ramai bersekolah. Kena pula yang berlainan waktu pulangnya kerana tahap yang berbeza. Pening.

Havoc yang datang bersama tahun baru juga lebih merunsingkan. Havoc yang berpusing dari dalam poket dan terus naik ke benak fikiran, mengganggu sentiasa memikirkan tentang kenaikan harga segala-galanya masakini. 

"Baju sukan belum ada stok sebab harganya dah naik tahun ni, pihak sekolah belum beli lagi."

"Peniaga kantin minta dinaikkan harga jualannya kerana sekolah lain pun dah naik harga. Nasi lemak yang dulu jual lima puluh sen sekarang dah jadi seringgit."

"Duit yuran tak perlu bayar dulu sebab kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang bayaran sehingga bulan tiga nanti."

Ini antara dialog-dialog yang diluahkan guru-guru sewaktu menghantar anak ke sekolah semalam. 

Havoc kenaikan harga barangan turun tempias sehingga ke dalam sekolah. Gigitannya tiada mengira tempat dan usia. Juga tiada jurang bangsa yang dapat mengelak daripadanya.

Havoc ini perlu ditangani bersama. Tersepitnya warga tanpa dipinta. Doakan kita tidak hilang punca ditekan dan ditelan amukan havoc ini. Allah ada sentiasa bersama kita.

Tersepitnya ibu bapa dengan havoc harga, anak-anak pula ada yang tersepit dengan bangku sekolah. Macam-macam ragam havoc sesi persekolahan tahun ini. 




No comments:

Followers