Kenapa mahu dielak, paling tidak pun ditangguhkan? Kerana tahun 2014 adalah tahun kenaikan segala macam harga barangan dan juga cukai. Kenaikan yang pastinya akan menjerut bukan saja perut rakyat, malahan leher juga akan terjerut sama.
Ada yang kata angka 4 dihujung tahun baru ini membawa maksud 'sei' atau mati sepertimana sebutan Cina. Kerana itulah ramai yang akan 'sei' di tahun ini. Nauzubillah. Jangan percaya kepada 'ong' atau sial sesuatu angka dan huruf.
Kenaikan sesuatu harga barang dan juga cukai sudah pasti akan menyusahkan, apatah lagi dikala kenaikan gaji pula tidak kunjung tiba.
Cuba tanya pekerja perkeranian di bank-bank. Mampukah mereka bertahan dengan kenaikan ini tatkala gaji mereka telah 2 tahun masih tiada kenaikan lagi.
Bukan semua kenaikan itu membawa keburukan.
Sempena tahun baru ini, marilah sama-sama kita menaikkan amalan dan kebaikan kita. Tambahlah ilmu di dada agar martabat agama dan bangsa juga dapat dinaikkan. Sama-samalah kita doakan.
Oh ye, doakan juga agar semangat saya untuk terus menulis di blog ini turut NAIK.
Sekali lagi, Selamat NAIK Tahun Baru 2014.
No comments:
Post a Comment