Tuesday, December 27, 2011

Rasuah pemimpin Umno jatuhkan maruah umat Islam di Malaysia

IPOH, 27 Dis, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan bahawa PAS Perak berpandangan rasuah yang berlaku dalam Negara ini hanya dapat dibenteras dengan menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 13 ini.

Kerajaan Barisan Nasional telah menjatuhkan maruah umat Islam di Malaysia, seluruh rakyat Malaysia umum mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganggotai OIC, jelas beliau.

Menurut  beliau lagi, berbilion duit rakyat telah dibazirkan kerana budaya rasuah yang berlegar dikalangan pemimpin umno bn  yang memegang jawatan dalam kerajaan Malaysia.

Tegas beliau lagi, kecuaian dan pengabaian dalam memelihara  ajaran Islam dan tidak menjadikannya sebagai agenda utama dalam pentadbiran negara akan menyebabkan rasuah akan terus kekal bermaharajalela dan sukar diperangi.

"Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan Islam hanya apabila tersepit sahaja" ujar beliau.

"Bayangkan sekiranya duit yang berbilion ini yang tiris dan bocor kerana rasuah digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat , maka InsyAllah negara Malaysia akan lebih maju lagi."tegas beliau.

"Rakyat Malaysia diseru untuk bersatu menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang  untuk memastikan duit dan harta rakyat Malaysia selamat" seru beliau lagi.

http://perak.pas.org.my/

http://ustazabubakar.wordpress.com/

No comments:

Followers