Friday, December 23, 2011

Umno cuba pecah-belahkan kesatuan Pakatan Rakyat

PAS Perak menyifatkan tindakan UMNO yang cuba memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat (PR) sebagai tindakan tersepit dan terdesak, jelas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian.


Beliau menyatakan, selama ini UMNO telah banyak memburukkan PAS di mata masyarakat dengan pelbagai tuduhan huduh dan menghinakan.Selama ini mereka sombong dengan menganggap mereka sahaja parti terbaik untuk kaum Melayu dan PAS adalah sebuah parti yang sesat serta tidak mempunyai masa depan.

Memetik ucapan beliau " Perlu dingat bahawa selama puluhan tahun UMNO hidup dengan membuli dan mengganyang musuh politik mereka

" PAS dan lain-lain parti pembangkang tidak pernah diberikan hak dalam pentas demokrasi yang sebenar. Bahkan hampir setiap hari media massa milik mereka memburukkan pemimpin PAS dan PR.

" Selain itu, hampir seluruh jentera kerajaan dipergunakan semaksima mungkin dalam memastikan pembangkang khususnya PAS terus jatuh terduduk dalam setiap pilihanraya umum dan kecil."

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu mengingatkan bahawa PAS telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan perjuangannya dalam pentas politik di Malaysia. Bukan sekadar ugutan dan fitnah, bahkan pemimpin PAS pernah di ISA kan, dipenjara, bahkan dibunuh. Ini semua dilakukan oleh pemimpin UMNO yang kononnya mahu memperjuangkan bangsa Melayu. 


No comments:

Followers