
Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat kami sekeluarga terutamanya dua orang anak lelaki kami, Azizul Hakim (8 tahun) dan Azizul Harith (5 tahun).
Mereka berdua dikhatankan bersama 72 orang kanak-kanak yang lain di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan, Greentown, Ipoh.
Majlis Berkhatan tersebut yang berlangsung seawal jam 7.30 pagi dimulakan dengan pendaftaran. Diikuti dengan ucapan, perarakan dan semburan air bomba. Empat orang doktor berkhidmat untuk mengkhatankan kanak-kanak ini dengan menggunakan kaedah smart klamp.
Kanak-kanak yang mengambil bahagian didalam majlis berkhatan ini berumur diantara 3-12 tahun. Mereka dikhatankan mengikut nombor giliran yang diberi sewaktu mendaftar pagi tadi. Jam 9.45 pagi, bermulalah perjalanan seorang kanak-kanak untuk 'didewasakan'.


























Bangunan Pusat Rawatan Ar-Ridzuan di Greentown, Ipoh

Dato' Dr Mohamed memberikan ucapan beliau

Peserta khatan berkumpul beramai-ramai


Peserta diarak dengan paluan kompang mengelilingi bangunan Pusat Rawatan Ar-Ridzuan (PRAR)

Bersedia menantikan acara yang paling teruja dibahagian belakang bangunan PRAR

Pasukan bomba yang mengambil bahagian di dalam acara semburan air

Keriangan jelas kelihatan diwajah-wajah mereka apabila disembur dengan air

Debaran menanti giliran untuk menempuh khatan dapat disejukkan sementara waktu


Ibubapa peserta yang turut sama teruja merakamkan hari bersejarah anak-anak mereka

Pihak bomba bertanya kepada peserta, "Nak lagi?", "Nakkkkk" jawab mereka

Semburan air disambung semula

Sejuknya menahan simbahan air

Pucat lesi dua beradik ini menahan kesejukan

Selepas basah lencun dengan air semburan oleh bomba, mereka disalinkan pakaian untuk persediaan berkhatan

Peserta dan keluarga yang belum sampai nombor gilirannya menunggu dibawah khemah yang disediakan pihak PRAR

Atuk memberikan kata-kata semangat buat cucunya

Kaunter PRAR yang biasanya lengang, kini hiruk pikuk dengan kanak-kanak


Menanti giliran ditingkat 5 bangunan PRAR

Ada juga yang membuat 'demo' dengan duduk dihadapan lif, tak mahu berkhatan

Harith mendapat pujian dari doktor yang bertugas kerana tenang dan tidak menangis semasa dikhatankan jam 12.15 tengahari tadi

Sempat pula si adik memberikan peransang dan kata-kata semangat buat si abang menempuh 'ujian'

Hakim dan Harith berehat dirumah setelah pulang hampir jam 1 tengahari
Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan buat Allah Taala kerana selesai sudah kedua-dua anak lelaki kami menjalani proses berkhatan mereka.
1 comment:
Wahai Ajijoi,
Semoga Hakim & Harith tidak mengikut jejak langkah ayahnya dalam politik haru-biru PAS.
Sekian.
Post a Comment