Tuesday, December 27, 2011

Al Fatihah Buat Allahyarham Haji Hassan , Ayah Kepada Ustaz Zawawi Ketua DPPN Perak

Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit merakamkan ucapan takziah kepada Ustaz Zawawi Hassan, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak yang baru sahaja kehilangan ayahnya yang menghembuskan nafas terakhirnya jam 1.30 tengahari tadi.

DPPK Parit mendoakan agar roh arwah di tempatkan bersama orang yang beriman. DPPK Parit mengharapkan agar Al Fadhil Ustaz Zawawi terus tabah dan bersabar dengan pemergian ayahanda yang tercinta.

DPPK Parit turut mengajak seluruh umat Islam untuk menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada arwah dan sama-sama menghadiri solat jenazah yang dijangka akan dibuat dalam masa terdekat. Arwah meninggal dunia setelah terlantar di Hospital Tengku Bainun Ipoh sejak 11 Disember lalu akibat kemalangan motosikal di Bagan Serai.

Ustaz Hakimi Mohd Nor
Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...