Tuesday, December 6, 2011

AKUJANJI / BAI’AH: AKHIRNYA UMNO GELISAH


Kenyataan Media (5 Disember 2011)

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat Umno kini mengakui agar parti tersebut perlu menggunapakai satu ikatan ‘akujanji’ bagi semua calon-calon Umno dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti bertujuan untuk menghalang calon mereka dari mengkhianati parti sendiri. Walaupun ianya nampak seolah sama dengan apa yang PAS telah lakukan bagi menunjukkan kesetiaan kepada parti agar tidak bertindak khianat setelah menang kelak.
Perkara menarik yang ingin kami rungkaikan di sini ialah pandangan dan keinsafan Umno bahawa pengkhianatan bagi semua ahli dan calon mereka adalah satu kesalahan besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali. Mereka menganggap kesalahan tidak bermoral tersebut adalah satu petanda buruk bagi Umno jika ianya akan berlaku kelak. Sedar atau tidak, Umno pernah ada seorang yang pernah keluar parti iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bota, Perak, Dato’ Nasarudin Hashim pada tahun 2009 dahulu.
Tetapi akhirnya, Dato’ Nasarudin telah kembali kepada Umno tanpa ada satu hukuman terhadapnya. Dalam nada mendesak agar kepimpinan Umno untuk meletakkan satu ‘akujanji’ kepada semua calonnya, tetapi dalam masa yang sama Umno boleh pula menerima pengkhianatan dalam parti yang lain untuk bersama mereka. Apa yang berlaku di Negeri Perak dahulu, jelas terbukti Umno boleh menerima orang yang telah khianat kepada parti mereka untuk bersama Umno.
Kami berharap agar Umno sedar dan insaf kerana kerajaan yang mereka bentuk sekarang adalah berasaskan jenis pengkhianatan yang sama dengan didokong oleh mereka yang pernah berjanji setia kepada parti tetapi akhirnya telah belot dan bersama dengan Umno. Umno sanggup menerima mereka yang tiada moral dan setia kepada parti masing-masing dan tidak mustahil mereka ini boleh juga sekali lagi mengkhianati Umno pada bila-bila masa sahaja.
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

1 comment:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

PAS Perak hanya pandai berkokok.

Tapi tak tahu mengurus dan bekerja.

Hilang majoriti di DUN Perak dikatakan BN merampas kuasa.

Selepas itu penyokong tegar PAS baring di atas jalan raya dengan meronta-ronta.

Ketika ini kerajaan BN sedang memberi hadiah untuk rakyat nikmati.

Ajijoi dah dapat borang BR1M? Jangan tak isi dan daftar diri. Rugi tau.

Rasanya Ajijoi layak. Kalau tak dapat buat aduan dalam blog.

Kalau dapat nanti jangan lupa TABUNG JIHAD PAS yang kosong sekian lama.

Bagilah RM100. Kalau tak cukup bagilah semua sekali.

Dulu PAS kata duit gaji kerajaan haram.

Cuma yang tak haram ialah duit kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sebab ia diterajui oleh PAS.

Sekiranya BR1M ada penyelewengan, jangan lapor kepada SPRM atau polis, masuk dan buktikan dalam blog pencacai.

Contohnya kalau ada CEO dapat wang BR1M atau orang miskin yang tak dapat kerana dia orang PAS, DAP dan PKR.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...