Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Thursday, December 22, 2011

Pendedahan lengkap lelaki yang menampar Adam Adli.

Rasanya ramai yang dah tahu siapa Adam Adli kan? Nama itu adalah nama yang paling popular dalam dua tiga hari neh. Di memana pun ramai jek yang bercerita pasal dia. Dan sekarang neh siap ada page yang berasaskan nama dia lagi iaitu  "we all are adam adli".

Baiklah apa yang nak didedahkan neh bukan pasal dia tapi pasal lelaki yang telah menampar / menolak muka adam adli. Sila perhatikan video di bawah neh terlebih dahulu ;

 

Video neh disediakan oleh hanief, yang rasanya semua orang dah tahu siapa dia sebenarnya. Apa yang telah didedahkan oleh hanief ialah topi yang dipakai oleh lelaki yang menampar / sentuh muka adam adli ada kaitan SB [pegawai polis yang kerja dia menyamar].

Lihat perbandingan gambar di bawah neh pula ;


Ada nampak serupa tak? Kalau ikut pandangan mata aku mereka berdua neh ialah lelaki yang serupa. Tapi boleh jadi bukan orang yang sama. Boleh jadi kembar seiras. Boleh jadi ialah lelaki yang memang sama yang berada dalam dua situasi yang berbeza. Apa pun susah nak cakap melainkan ada sahabat2 dia sendiri yang boleh sahkan bahawa lelaki di dalam kedua2 gambar neh ialah orang yang serupa.

Tengok pula jenama topi yang dia pakai tue. Jenama topi yang dia pakai tue ada kaitan dengan senjata api. Lihat bawah neh.



Lihat link neh untuk penjelasan yang lebih detail kaitan antara topi HK ynag dipakai oleh lelaki di atas dengan pistol2 di dalam gambar di atas  ==>http://www.hk-usa.com/index.asp


Bukanlah nak tuduh2 bahawa lelaki di atas neh confirm SB ke apa. Cuma nak bagitau bahawa rasanya setelah diperhatikan beberapa benda yang dikaitkan dengan lelaki neh rasanya sedikit sebanyak memang macam ada kaitan juga.

Dan kalau sungguh lah lelaki di atas neh ialah SB, diharap sangat berbaliklah semula kepada kerja2 asal anda. Kerja2 anda ialah menahan penjenayah dan mencegah jenayah. Bukan buat jenayah ataupun membuli rakyat atas sentimen politik dan sebagainya. Semua rakyat malaysia haruslah dilindungi tanpa mengira sentimen politik sebagaimana semua rakyat malaysia terpaksa membayar cukai tanpa mengira sentimen politik. Betul?

Janganlah lagi buat provokasi. Apatah lagi provokasi terhadap budak2 yang sedang mencari keadilan buat diri dia akibat di ugut bertubi2. Bila anda berbuat begini, orang tak maki anda, tetapi maki umno dan bn. Tak pasal2 bn dan umno yang dapat nama buruk di atas perbuatan anda yang tidak berfikir panjang.

Apa pun semua hujah di atas neh adalah pendedahan yang bersifat andaian. Kita sedang speculate kaitan dia dengan SB, bukanlah terus menerjah melulu mengatakan bahawa dia semestinya adalah SB. Di harap ada bukti2 yang lebih konkrit menyusul kelak.
Kredit kepada hanief di atas info neh.

Sozcyili : Parah2.. dah tukar skop kerja ka..? Hahaha..

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...