Showing posts with label ehwal selangor. Show all posts
Showing posts with label ehwal selangor. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Tony pembekal peluru kepada Umno Selangor

Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP sekali lagi menjadi perhatian apabila membekalkan peluru kepada Umno Selangor untuk menghentam (mungkin juga sehingga tahap berdemo dan mengadap Sultan) kerajaan Selangor.

Mungkin beliau melihat isu pasir di Selangor semakin kendur, maka dilontarkan bola tanggung dengan isu diskaun hartanah bumiputera kepada puak Khir Toyo dan juga Noh Omar kembali berebut tunjuk hebat menjadi juara Melayu di Selangor.

Siapa yang bakal menyerlah kali ini, Khir atau Noh?

Mansuh diskaun hartanah bumiputera

SHAH ALAM 26 Julai - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.

Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan.

''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.

''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil.

Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.

Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.

''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah kemudian dijual pada harga lebih tinggi,'' katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan hartanah di Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan pembangunan hartanah di negeri ini.

''Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan.

''Keadaan ini tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif," katanya.

-utusan malaysia

Peperangan maklumat di Selangor berharga RM15 juta

RM15 juta adalah satu angka yang cukup besar bagi kita orang biasa. Apatah lagi ianya untuk kegunaan 'peperangan maklumat' bagi menangkis gangguan BN terhadap perjalanan kerajaan negeri Pakatan di Selangor.

Tetapi perlu diingat, Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seorang bekas CEO yang berpengalaman luas di dalam bidang kewangan. Sudah tentu jumlah wang yang digunakan itu dikira sebagai berpatutan dengan jumlah penduduk Selangor yang menjadi sasaran maklumat itu.

Jika hanya RM3 digunakan untuk setiap orang penduduk Selangor bagi melawan 'jin jahat' BN yang mengganggu gugat kestabilan kerajaan negeri, ianya dikira berbaloi.

RM15 juta untuk 'perang' info S'gor

Untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak, kerajaan Selangor memutuskan untuk memperuntukkan RM15 juta untuk mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

NONE"Jika kita mengambil populasi 5.2 juta rakyat Selangor, jumlah ini bersamaan RM3 untuk setiap seorang," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini dalam ucapan pembukaan dialog belanjawan 2010.

Katanya tindakan itu diambil bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana.

Dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portalTVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak).

"Kita juga akan menerokai potensi bagi mewujudkan Radio Selangor bagi melebarkan penyebaran maklumat," katanya.

Khalid berkata beliau telah beruding berkata tersebut dengan perbendaharaan negeri yang bersetuju menyalurkan peruntukan itu berdasarkan kepentingannya.

Kira-kira 300 pegawai keraaan dan wakil dariapada syarikat berkaitan kerajaan negeri dan kumpulan NGO hadir diolog bersama ADUN dan ahli parlimen itu.

Khalid juga berkata laporan berhubung kerajaan negeri setakat ini tidak seimbang.

-malaysiakini

Followers